Mencabar Teori Chola - Iman Shoppe Bookstore
Mencabar Teori Chola - Iman Shoppe Bookstore

Mencabar Teori Chola

Author : Penulis: Abdullah Sidek
Genre: Sejarah Dunia
Mukasurat: 321

Rajendra Chola ialah nama raja agung dari selatan India yang pernah membina sebuah empayar hebat yang mewarnai sejarah India dan orang Tamil. Malangnya, sejarah hebat itu digunakan sebagai alat propaganda segelintir orang di Malaysia untuk mendakwasegala-galanya yang berkaitan dengan tamadun Melayu. Kami memanggil golongan ini sebagai golongan Chola. Mereka begitu giat menyebarkan pseudo-sejarah versi mereka di Internet, bahkan ada versi sejarah mereka dianuti sehingga ke golongan Menteri.

Tamadun Melayu sedang diclaim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil hanya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebenarnya dapat ditegakkan.

Maka doa kita ALLAH kabulkan. Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditulis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
+

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)