-20%
Sold Out
Zoom the image with mouse

Malaya 1941 by Rafe Rahmat & Hairil Anuar

Out of stock
RM22.40 RM28.00
customers are viewing this product
Penulis: Rafe Rahmat & Hairil Anuar
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun Terbit: Oktober 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Perang
ISBN: 9789672437048
Ketebalan: 205 m/s
Format: Soft cover

Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan).

Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun.

Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.
Walau bagaimanapun, laporan Kolonel Masanobu Tsuji yang merupakan ketua kepada Unit Penyelidikan Tentera Taiwan atau turut dikenali sebagai Unit No. 82 mendakwa bahawa bekalan bahan api bagi kegunaan keseluruhan ketumbukan tentera Jepun hanya boleh bertahan selama setahun sahaja sekiranya mereka berperang dengan Kesatuan Soviet.

Oleh itu, Kolonel Tsuji dipertanggungjawabkan untuk merancang kemaraan Jepun ke Asia Tenggara yang melibatkan Malaya, Filipina, Borneo serta Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Tetapi untuk misi ini, Kolonel Tsuji hanya diberi masa selama 6 bulan sahaja! Untuk perancangan dan latihan.

Adakah Kolonel Tsuji berkeupayaan merancang satu operasi amfibia yang memerlukan sokongan daripada banyak kapal?

Bagaimanakah pihak Jepun akan melakukan ulang bekal kepada pasukan infantri yang bakal mara ala Blitzkrieg sejauh 1,000 km dari Songkhla ke Singapura?

Pada masa yang sama, mampukah operasi ini dilaksanakan serentak dengan tindakan menghalang tentera laut Amerika daripada terus menguasai Lautan Pasifik?

London pula telah mengarahkan tentera British di Malaya untuk bertahan sehingga bantuan tiba jika perang meletus di Timur Jauh.

Saksikanlah pertembungan dua kuasa besar di Tanah Melayu dalam Malaya 1941 ini.
Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 7 hari bekerja tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Write a review
Malaya 1941 by Rafe Rahmat & Hairil Anuar
You have successfully subscribed!
This email has been registered