Zoom the image with mouse

Lillah Sebelum Lelah by Dwi Suwiknyo

PTS Bookcafe
16 In stock
RM40.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Dwi Suwiknyo
Terjemahan: Noor Hidaya binti Arshad
Penerbit: PTS Bookcafe
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789674817268
Bil. Muka surat: 552 m/s
Format: Paperback
Harga: RM40.00
Berat: 0.711 kg

Sinopsis

Mengapa kita sering gelisah dan mudah lelah? Salah satu puncanya adalah kerana sejak awal kita melakukan segala sesuatu bukan kerana Allah s.w.t. Hati dan fikiran kita tidak terkait kepada-Nya. Kita lebih memilih jalan pintas yang menurut penilaian kita, ¡a lebih mudah ditempuhi kerana lebih jelas. Atau, mungkin hati kita sudah yakin, tetapi fikiran kita tidak mampu menangkap janji-janji-Nya yang mash ghaib.

Kelelahan ini dapat diatasi apabila tiga prinsip penting menjadi pasak dalam kehidupan harian, antaranya:

1. Prinsip minallah (daripada Allah s.w.t.), iaitu memulakan sesuatu perkara bersumberkan satu jalan yang sama: segalanya daripada Allah

2. Prinsip ma’allah (bersama Allah s.w.t.), iaitu tetap bersama Allah s.w.t. dalam berjuang menjalani kehidupan seharian

3. Prinsip ilallah (menuju Allah s.w.t.), iaitu proses penyerahan diri hanya kepada Allah s.w.t. melalui kesabaran dan keikhlasan

Selami setiap fasa dalam berprinsip dengan menghayati kupasan demi kupasan yang lebih jelas dalam buku ini. Lillah dahulu, sebelum lelah.

 Buku ini ialah sekuel buku Ubah Lelah Jadi Lillah. Buku pertama memfokuskan kepada konsep hijrah, manakala buku Lillah Sebelum Lelah pula membawa tema istiqamah dan mengelakkan daripada tergelincir ke lembah kelelahan. Proses lillah itu panjang, namun ia bermakna.

Customer Reviews

Based on 3 reviews
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
salwafseena

Segala sesuatu yang sulit akan mudah bila kita selalu melibatkan Allah didalamnya.

S
Safa Safwan
Buku ini adalah buku kedua tulisan Dwi Suwinkyo yang direzekikan untuk saya baca dan hadam isi-is...

Pengalaman ‘kenyang’ dan damai saat membacakan Ubah Lelah Jadi Lillah setahun yang lalu telah menghadirkan rasa teruja untuk menikmati pula ‘hidangan’ nasihat dan buah fikiran yang disematkan dalam Lillah Sebelum Lelah ini.

Hampir sebulan lamanya mengamati, mengulang baca dan mencatat nota. Ternyata buku ini sekali lagi menjemput jiwa pembaca bersiap sedia untuk beruzlah (menyendiri); berfikir dan merawati keserabutan yang menghimpit diri – juga peringatan pada kesenangan yang sedang memayungi hati.

Lillah (kerana Allah) yang bererti apa jua perkara yang kita lakukan kerana Allah adalah satu perkara yang memerlukan sebaik-baik kefahaman dan keikhlasan saat kita memperlakukannya. Dari Lillah inilah, kita akan memahami prinsip ma’allah (tetap bersama Allah swt dalam apa jua yang kita lakukan/perjuangkan) dan ilallah (penyerahan diri kepda Allah swt melalui keikhlasan dan kesabaran).

“Apabila sudah lillah, kita pasti akan terus berjuang. Bukan sahaja sehingga impian kita menjadi kenyataan, bahkan sehingga menghembuskan nafas terakhir.” (halaman 35)

Penulis mengajak pembaca untuk menilai semula bagaimana kita menjalani sisi-sisi kehidupan yang serba-serbi berkiblatkan kelajuan hari ini; menimbang tara antara kebahagiaan sementara yang menjemput lelah pada akhirnya atau mengamati nikmat lillah pada awalan hingga akhirannya.

Memperlihatkan cabaran akhir zaman yang sudah di hujung tanduk, perlunya untuk kita mengulangkaji kembali erti lillah yang kita mahu kecapi.

Bukan tentang siapa paling laju menyebar kebaikan, bukan tentang siapa paling banyak menyampaikan hal-hal keagamaan, juga bukan tentang perlumbaan cepatnya kita memahami satu hal baru lalu bergegas kita mahu mengulas dan membahaskan...

Cepat dan terkini dalam memahami bukanlah satu perlumbaan dan bukan juga hal yang sihat untuk dibudayakan. Ya, ini baru salah satu dari sisi kehidupan. Penulis merungkaikan banyak lagi sisi-sisi lain untuk pembaca nilai dan muhasabahkan kembali bagaimana seharusnya kita menyantuni kehidupan sebagai orang yang beriman; tenang dan sabar.

Jeda.

Lillah sebelum Lelah mengajak pembaca untuk menghentikan sebentar rasa rakus beriringan bersama tuntutan dan kehendak semasa (media sosial); meletakkan semula niat mengikut paksi dan aturannya.

Lillah-- memagari persepsi, memenangkan empati; meletakkan percaya dan harap pada tempatnya. Tidak ada kepenatan yang sia-sia di dunia setelah kita lillahkan pada setiap satunya. Buku yang baik untuk memulakan permulaan tahun yang bertimpa-timpa hal yang perlu diurus-bereskan.

N
Nur Suhada
Membaca buku ini membuat saya merefleksi diri - kenapa Islam sangat menitikberatkan tentang niat....

Buku ini mengupas tiga prinsip untuk istiqamah di jalan kebaikan, dalam kehidupan. Minallah - memulakan sesuatu kerana Allah. Ma'allah - tetap bersama Allah dalam perjuangan. Ilallah - tetap menuju Allah dalam kehidupan.

Dalam sejarah Islam, kita melihat bagaimana para nabi dan para sahabat nabi saw menjadi generasi yang proaktif - tidak mudah melatah. Sentiasa fokus pada solusi dan perkara yang mereka boleh buat.

Inilah antara tips untuk aktifkan semula diri daripada kelelahan hidup yang berpanjangan - menjadi proaktif dan tidak bersikap reaktif. Kita melatih diri untuk tidak diprovokasi oleh orang dan keadaan yang kita hadapi.

Begitu banyak yang saya belajar daripada buku ini. Saya belajar melihat kelelahan dari sudut yang lebih bermakna dan belajar bagaimana cara untuk melewatinya. Kata penulis;

"Sebenarnya hidup ini mudah. Kita hanya perlu tahu kemampuan kita sendiri. Cari ukuran yang tepat untuk diri kita. Dengan itu, kita dapat merasakan sendiri: bilakah kita perlu menekan minyak (bekerja keras)? Dan bilakah kita perlu menekan brek (berehat)? Lakukan keseimbangan dalam diri kita." -- hlmn 263.

Hidup kita akan terus ke depan dan sesekali kita akan menghadapi keputusasaan. Just be kind to yourself. Kita harus sentiasa belajar mencari cara untuk menyantuni diri kita sendiri dengan penuh hikmah.

1 Review
Lillah Sebelum Lelah by Dwi Suwiknyo
You have successfully subscribed!
This email has been registered