Zoom the image with mouse

Lembaga Budi - HAMKA

PTS Bookcafe
5 In stock
RM15.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

 

Penulis: HAMKA
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2016
Bahasa: Melayu
Genre: Motivasi
ISBN: 9789674116569
Ketebalan: 196
Format: Paperback

 

Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi

Dicupak Datuk Temanggung

Hidup jikalau tidak berbudi

Duduk tegak ke mari canggung

Hidup berbudi itulah tujuan kita!

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
B
Baihaqi Mohamad
Buku yang ringkas tetapi padat. Amat berguna untuk memupuk budi yang mulia.

Buku yang ringkas tetapi padat. Amat berguna untuk memupuk budi yang mulia.

Dalam menerangkan budi seorang doktor, kata beliau : " Doktor yang tahu kewajipannya, bila ada yang memerlukan pertolongan tidak pernah ditolak, meski dibangunkan waktu malam. Memang berat pekerjaannya tetapi dia diperintah oleh perasaannya yang halus, bahawa ilmu pengetahuannya itu ialah buat anak Adam seluruhnya. Tidak memilih bangsa dan kulit, tidak pula memilih pangkat dan darjat.

Terima kasih Prof atas nasihatnya.

K
Khalid Hidayat
Teramat pentinglah buku ini buat dibaca, lantaran menjaga keluhuran budi adalah tugas yang tak da...

Teramat pentinglah buku ini buat dibaca, lantaran menjaga keluhuran budi adalah tugas yang tak dapat disepelekan bagi setiap diri manusia. Buya Hamka menekankan bahwa, orang yang berakal dan berbudi tetaplah hidup walaupun dia telah mati.

F
Fur Abid
Nukilan tinta dari Pak Hamka yang menghamburkan 1001 hikmah mengenai budi yang merupakan tapak da...

Nukilan tinta dari Pak Hamka yang menghamburkan 1001 hikmah mengenai budi yang merupakan tapak dan asas kegemilangan seseorang itu datangnya dari keluhuran budi yang bagus. Budi itu mencerminkan rupa sebenar seseorang. Juga, budi merupakan tapak bagi membina karakter insani sesuai dengan cerminan identiti sebagai seorang Muslim.
.
Bila menyebut berkenaan budi, ia ada satu maksud keterkaitan di antara manusia dengan pencipta-Nya. Manusia itu tidak seperti haiwan yang mana hanya bergantung kepada gharizah yakni 'instinct' semata-mata. Tetapi, manusia itu melakukan kerjanya melalui pertimbangan akal lalu diterjemahkan kepada tujuannya bagi mencari wasilah penyelesaiannya.
.
Keluhuran budi itu perlunya kepada pegangan yang kukuh kepada agama Islam. Malah, dipetik daripada Muhyiddin Ibnu Arabi yang terkenal dalam keilmuan dunia tasawwuf dan falsafah menyatakan berkenaan penyakit budi dan cacat perangai :

1) Fujur ( Durjana )
2) Syarah ( Tamak Haloba )
3) Tabazzul ( Tidak punya harga diri )
4) Safah ( Cepat tersinggung & marah )
5) Kharq ( Bangga diri )
6) Qasawah ( kesat hati )
7) Khadar ( curang )
8) Khianat
9) Membuka Rahsia
10) Takbur
11) Khabats ( berniat jahat )
12) Bakhil
13) Jubun ( Takut menghadapi tanggungjawab )
14) Hasad
15) Jaza' ( Gentar )
16) Shaghirul Himmah ( Jiwa Kecil )
17) Al- Jaur ( Keluar Dari Garis Kesederhanaan )
.
Dilampirkan daripada Imam Ghazali bagi mengenal kekurangan diri :

1) Mencari guru, pendidik yang berpandangan luas.

2) Mencari seorang sahabat karib yang jujur dan berpandangan luas.
.
Sebuah naskhah yang wajar dibaca oleh umat Islam secara khususnya bagi mengukuhkan jatidiri dan membina keluhuran budi berteraskan agama Islam.

1 Review
Lembaga Budi - HAMKA
You have successfully subscribed!
This email has been registered