Lambaian Kaabah - Iman Shoppe Bookstore
RM20.00 MYR

Risalah Harmoni

Lambaian Kaabah

Apa yang kami ketahui dari sirah Rasulullah s.a.w akan cuba dihayati apabila berada di Tanah suci dan di tempat-tempat jejak Rasul dalam menyampaikan dakwah Islam serta jihad yang dilaksanakan. Ini adalah satu aspek yang perlu diberikan penekanan apabila seseorang itu melakukan ibadah haji supaya mereka bukan sahaja menyempurnakan menasik haji, tetapi juga dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Ini adalah di antara bekal penting yang perlu dibawah pulang oleh jemaah haji iaitu semangat dan keinginan yang kuat untuk menyambung perjuangan baginda s.a.w. Dengan itu kita berharap bakal jemaah yang membaca buku ini dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai sirah dan sejarah para Nabi. Ia perlu diletakkan seiring dengan pengetahuan ibadah haji. Dengan pengetahuan ini, apabila para jemaah haji berada di tempat-tempat menasik haji, mereka bukan sahaja melakukan ibadah haji tetapi menghayati peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sana. Edisi kedua Lambaian Kaabah ini adalah tambahan kepada edisi asal dengan memuatkan beberapa catatan sejarah berkaitan Nusantara dan hubungannya dengan Mekah dan ibadah haji. Ianya adalah koleksi penulisan dan catatan perjalanan sepanjang dua dekad dari pengalaman mengerjakan haji pada tahun 1995 iaitu sekitar dua dekad yang lalu. Penulis berharap catatan ini akan memberi tambah nilai kepada pengembaraan akak dan hati ketika melaksanakan ibadah haji. Ia adalah satu gambaran tentang makna Meka dan tuntutan ibadah haji yang ditempuh oleh umat Islam khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun yang lalu. Selamat membaca!
Sale

Unavailable

Sold Out