Zoom the image with mouse

Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius by Sri Rahayu Mohd Yusop

PTS Bookcafe
11 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Sri Rahayu Mohd Yusop
Penerbit: Penerbit-X
Tahun Terbitan: 2017
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789673693665
Bil. Muka surat: 400m/s
Format: Paperback
Harga: RM25.00
Berat: 0.2kg

Sinopsis

500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan.

Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas.

Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda.

Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Siqahiqa

Akhirnya, aku baca juga ye novel yang menjadi bualan di Twitter. Sejenis yang cepat terpengaruh 🙈 Beginilah jadinya. Terus beli set kombo dengan buku kedua, Gadis Boneka Hadrah.

Merujuk kepada buku pertama ini, PNT, pertama kali membaca karya penulis dan aku suka dengan gaya penulisannya. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ada yang sedapnya la ayat. Puitis. Selain itu, aku juga setuju dengan rata-rata ulasan yang mengatakan world-building buku ni terbaik. Aku dapat rasakan perkara yang sama.

Cuma, ada beberapa perkara yang tidak bertepatan dengan selera aku dan satu perkara yang buat aku keliru.

Keliru:
- apakah anutan agama untuk manusia dalam novel ini? Apabila digunakan kisah yang kita sudah sedia maklum dalam agama Islam, dan seterusnya diceritakan pula bahagian rakyat menyembah raja-raja Tiber yang telah mati, batu nisan berbentuk empat segi, penggunaan kata mendiang, dan cara perkahwinan yang menyerupai agama lain. Bagiku, tidak wajar untuk mengabungkan perkara-perkara bertentangan ini dalam satu cerita. Mungkin hanya kebetulan, tapi tidak kena pada pandangan aku.

Tidak bertepatan dengan selera aku;
- persiapan perang dan peperangan berlaku dalam masa yang sangat singkat. Cerita sudah baik dari awal tapi tiba-tiba menuju ending, laju betul plot. Aku terkejut baca, eh eh dah nak perang dah? Eh dah habis perang? 😮‍💨

- sejujurnya, aku tidak berasa attach dengan watak utama, Sula dan Basilius. Aku lebih tertarik dengan naga-naga Tiberius yang aku bayangkan comel belaka 😂, Hurati, dan Laksamana Suleman.

Namun begitu, perkara-perkara di atas tidak sesekali mematahkan keinginan aku untuk terus membaca Gadis Boneka Hadrah. Aku berminat untuk mengikuti siri ini. Dan kini, aku sedang membaca GBH :D

Cubaan yang cukup baik daripada penulis untuk cerita bertemakan fantasi :)

Rating: 3.5/5 🌟

Nak sambung baca GBH. Bye :)

I
Iman Hakim

Worldbuilding yang sangat rapi & teliti.

Madasi & Hawais turun dari Kayangan dan menginjakkan kaki di Buana Sepi. Keturunan mereka berpecah ke 4 benua dan melata di bumi. 500 tahun kemudian, Basilius, putera makhkota melarikan diri dari istana & bertemu Sula, gadis berdarah racun.

H
Hilmi Loma

Okay, where do i begin on this amazing book. Okay, not a book. A super duper amazing book. Fight me on this.

Kisah seorang remaja perempuan yang kabur akan salasilah keturunan keluarganya. Berkelana dan merantau mencari hak dirinya yang sebenar tanpa dibayangi dengan apa yang telah disuratkan ke dalam naskah dan helaian-helaian takdir yang berselirat.

Kak Sri telah mencemar duli beliau sebagai Ratu dengan menulis sebuah karya/naskah fantasi hebat yang sangat mengujakan. Dengan air ayat yang sedap dan ringan, dengan kesederhanaan yang sememangnya senang dihadam dan dicerna membuatkan Puteri Naga Tiberius ini sebuah karya/naskah yang tidak sombong dan merendah diri walau isinya padat dengan segala macam kesaktian.

Kebanyakkan karya/naskah fantasi lokal selalunya berada di dalam kelas elit tertinggi, kelihatan sombong dengan seni teknikal dan kadangkala payah untuk dihadam otak. Dengan ayat-ayat bimasakti yang hanya boleh difahami dengan bukaan kamus-kamus yang melelahkan membuatkan karya/naskah seperti ini selalunya dipandang sepi dan hanya disokong-sorai dengan segelintir yang punya dahaga yang spesifik sahaja. Tetapi bukan bagi Puteri Naga Tiberius. Kak Sri melayangkan penanya dengan 'ringan' dan tidak terlalu tajam dengan segala hukum tajwid fantasi lokal.

Membaca muka surat pertama sahaja dah buatkan kita merasai kesenangan dalam air cerita dan itu adalah sesuatu yang bagus. Bagi pembaca yang kurang tajam seperti saya, kaedah begini seperti membuai naluri pembacaan untuk terus menikmati karya/naskah tanpa kerutan di dahi. Cerita berjalan pantas, tanpa sebarang plot yang melewah dan sekadar-sekadar untuk menampakkan kehebatan bahasa tinggi membuatkan keasyikkan membaca itu tidak terganggu. Seperti kita sedang menikmati Nasi Minyak atau Nasi Beryani yang enak itu tanpa tergigit rempah 4 sekawan yang membantutkan tunas rasa. Ya, sebegitu enak!

Perlahan-lahan Kak Sri memancing selera pembaca sehingga ke hidangan sebenar cerita iaitu NAGA. Damn it, (maaf, ayat ini terpaksa ditulis) saya rasakan fantasi kanak-kanak saya sewaktu kecil dahulu dihidupkan dengan sempurna! Betapa angkuh dan majestic bilahan sayap-sayap Naga itu membelah langit, terapung di atas samudera dengan sisik-sisik yang mahal dunia sambil ditunggangi oleh seorang remaja perempuan! (Buangkan gambaran Khaleesi dalam Game Of Thrones yang bermain didalam minda kalian)

Seperti saya katakan tadi, air cerita beralun dengan lancar tanpa sebarang gangguan, mungkin ada yang mengatakan babak peperangan terlalu singkat, tetapi itu boleh dimaafkan kerana fokus utama cerita ini tentulah tentang lara hati remaja perempuan itu dan juga Naga. Tidak boleh tidak ketika membaca otak menerawang jauh memikirkan Game Of Thrones, Lord Of The Ring dan sewaktu dengannya tetapi apabila keseluruhan karya/naskah ini dibaca, sebenarnya itu adalah sebagai penyeri yang menyedapkan rasa. Kecantikkan yang Kak Sri tanamkan di dalam Puteri Naga Tiberius membuatkan karya/naskah ini boleh berdiri sama mahal, sama nilai, sama tara dengan hasil luar yang dipuji melangit sebagai (kononnya) terbaik.

Seorang yang berkelana, seorang pewaris raja, rawan hati sang permaisuri, kesetiaan seorang sahabat, rapuh hati seorang yang membesarkan, busuk hitam sang pengkhianat yang tamak, bacul rendah kasta sang menurut, galau hati sang naga yang kerinduan, sebuah janji yang dilupakan, segalanya yang berkait itu membuatkan saya melemparkan topi mahal skeptikal saya jauh ke benua lain, Puteri Naga Tiberius nyata mengenyangkan saya dari segala macam kelaparan dan juga kepuasan rasa. Buat Kak Sri, jangan berhenti melayangkan fantasi mahal ini, teruskan contengan itu sehingga menjadi sebuah lakaran peta magis yang sempurna. Ada beberapa kelemahan tetapi apalah sangat kelemahan jikalau saya sudah mampu bergendang dengan perut akibat puas hati dan seronok yang tinggi julat nikmatnya? Semoga ini bukan pelayaran yang terakhir buat Sula, semoga ini bukan ngauman terakhir buat Tibb yang membelah angkasa dengan segala kegagahan saktinya...

TERIMA KASIH KAK SRI. MUAH CIKED!

Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius by Sri Rahayu Mohd Yusop
You have successfully subscribed!
This email has been registered