Zoom the image with mouse

Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian by Muhammad Hanief Awang Yahaya

PTS Bookcafe
30 In stock
RM42.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Muhammad Hanief Awang Yahaya
Penerbit: PTS Bookcafe
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789674816858
Bil. Muka surat: 432 ms
Format: Paperback
Berat: 0.56 kg

Sinopsis:

Islam adalah agama yang lengkap. Semua aspek kehidupan ada hukum-hukumnya. Bagaimana cara ulama menentukannya? Apakah kompas yang digunakan dalam membezakan mana yang wajib, sunat, harus, makruh dan haram?

Buku ini membicarakan mengenai Qawaid Fiqhiyyah atau kaedah-kaedah Fiqh yang digunakan oleh para ulama sebagai salah satu ilmu dalam menetapkan hukum. 300 aplikasi yang diberikan dalam buku ini melibatkan segenap aspek kehidupan.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
F
Fur Abid (Goodreads)
Kompas Hidup Bersyariat

Berkisarkan isu seputar mengenai hukum-hukum yang meliputi 300 aplikasi kaedah hukum fiqh dalam kehidupan seharian. Daripada bab perkahwinan, muamalat, jenayah dan sebagainya.

Buku yang memuatkan penyampaian ilmu Qawaid Fiqhiyyah dalam memanifestasikan ke arah dimensi yang baharu serta memudahkan bagi orang awam bagi memahami setiap-setiap perbahasan mengenai hukum-hukum di dalam buku ini.

Malahan, kaedah penyampaian yang santai, namun konteks perbahasan hukum-hukum itu masih mengekalkan perbahasan-perbahasan daripada pelbagai sumber rujukan kitab daripada ulama-ulama terdahulu dan ulama-ulama kontemporari. Dibahagikan mengikut bab-bab hukum dan penghujahan daripada pelbagai sumber rujukan seperti kitab-kitab Imam Ghazali, Sultanul Ulama Izz Abd Sallam.

Akan tetapi, sewajarnya jika membaca buku ini hendaklah mendalami secara berguru seperti yang dinyatakan oleh pihak penulis agar intrepretasi berkenaan hukum itu berada pada landasan yang betul dan bukan secara membuta tuli.

Sejujurnya, buku ini memberi satu gambaran dan konsep yang mudah bagaimana Islam itu menetapkan konseptualisme setiap hukum-hukum itu sesuai pada peredaran zaman dan keadaan. Sebuah buku yang wajar dibaca dan dijadikan panduan bagi memahami asas-asas penentuan hukum oleh para ilmuan agamawan.

Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Kehidupan Seharian by Muhammad Hanief Awang Yahaya
You have successfully subscribed!
This email has been registered