Zoom the image with mouse

Komik M Misi Solat Lima Waktu #3: Diari Akhlak Imran

PTS Bookcafe
13 In stock
RM10.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Nazry Salam & Anna Shahira

Penerbit: PTS Bookcafe

Tahun Terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Melayu

ISBN: 9789674816599

Bil. Muka surat: 112

Format: Paperback

Harga: RM10.00

Berat: 110g

Sinopsis:

 

Di sekolah tadi, saya terlupa bawa kerja sekolah. Cikgu Maimon mengamuk. Dia kata, kalau saya tidak belajar rajin-rajin, saya akan jadi seperti Pak Dollah.

Siapa Pak Dollah?

Saya tanya Badrul, tetapi dia palingkan muka. Saya terlupa yang kami sedang bergaduh. Aduh… ketika ini, saya juga sedang bergaduh dengan emak dan ayah. Hidup saya jadi haru-biru. Kenapa semua orang tidak sayang dan suka saya? Adakah saya terlalu jahat?

 

Nenek kata Allah dan Nabi suka orang yang berakhlak mulia. Tapi, apakah maksud akhlak yang mulia? Hmm… siapa boleh ajar saya, ya?

Customer Reviews

Based on 5 reviews
80%
(4)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
I
Izzatina Hamid (Goodreads)
Diari Akhlak Imran

Buku kali in mengisahkan Imran yg keliru kenapa semua orang marahkan dia. Badrul, Cikgu Maimon, emak dan ayah, semua bermasam muka bila nampak Imran. Adakah Imran telah melakukan apa-apa kesalahan? Perlukah dia meminta maaf? Dalam Imran cuba untuk mencari penyelesaian, dia berkenalan dengan Pak Dolah. Cara Pak Dolah menjalani kehidupan sehariannya lain daripada Imran. Terdetik di hati Imran, mungkin Pak Dolah dapat membantu dia untuk kembali berbaik dengan semua orang.
.
Eggsie senang dan terhibur semasa membaca buku ini. Kami tak kering gusi apabila membaca tentang kerenah Imran. Penulis berjaya menampilkan 25 adab dengan jalan penceritaaan yang menarik melalui penulisan ala diari dan contengan komik. Gabungan penceritaaan ini sangat membantu pembaca untuk membayangkan apa yang mereka perlu lakukan dalam membuat keputusan - buat perkara yang betul berpandukan adab dan akhlak islamik.

S
Siti (Goodreads)
Diari Akhlak Imran

Lukisan komik kalini menunjukkan imran yang semakin dewasa (naik darjah).
Penceritaan lebih serius berbanding dua siri sebelumnya.
Usaha penulis untuk muatkan 25 akhlak dalam satu buku wajar dipuji. Cuma saya rasa sedikit terganggu bila kesemua 25 akhlak dibentangkan sekaligus.
Ohya, karakter keluarga imran (dan nenek) masih ada. Sidekick badrul, bob pun masih ada.
Ada tambahan watak man min mon, pak dollah, cikgu maimon dan cikgu adam.

Apa pun, bacaan yang memuaskan.
Untuk yang baru berkenalan dengan siri ni, saya cadangkan baca buku 3, diikuti buku 2 dan buku 1.

A
Aina Dayana (Goodreads)
Diari Akhlak Imran

Excellent book

1 Review
Komik M Misi Solat Lima Waktu #3: Diari Akhlak Imran
You have successfully subscribed!
This email has been registered