Zoom the image with mouse

Komik M Misi 6A Misi Cikgu Zahid

PTS Bookcafe
15 In stock
RM8.50
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Tim Misi
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674811464
Ketebalan: 128
Format: Paperback


Impian Zahid kini hampir tercapai. Tanpa disangka, dia dilantik sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah. Di sana, Zahid berkenalan dengan Zaed, murid yang paling bermasalah di sekolah. Dalam masa yang sama, Zahid dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena di sekolah itu. Sesuatu yang berbahaya. Maka, bermulalah misi Zahid sebagai seorang cikgu!

Customer Reviews

Based on 5 reviews
100%
(5)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
R
Ruslan Bukhari

Sistem pendidikan di Malaysia sememangnya berpaksikan A . Persoalannya, salah siapa? Salah pelajar? Ibu bapa? Guru? Atau sistem itu sendiri? Persoalan yang lebih besar pula, apakah yang perlu kita lakukan?

Cikgu Zahid menunjukkan contoh yang baik apabila bertindak mencari punca masalah sikap anak muridnya. Memang sebegitulah yang sepatutnya. Di negara kita, kebanyakan cikgu memang nak buat macam ni, tapi bayangkan seorang cikgu kena menjaga 30-40 orang murid.

Yang tak tahan, Cikgu Zoro bawa 3 rotan! Haha memalukan Zoro betul.

N
Nur Syazwana

Cerita ni memang bagi banyak pengajaran terutama kepada sistem pendidikan pada waktu sekarang. Cikgu tak seharusnya fokus pada pelajar cemerlang sahaja dan jika pelajar corot membuat kesalahan, kita tidak sewajarnya menghukum sebalinya periksa dan kaji dahulu latar belakang murid tersebut. Tapi endingnya sangat sedih. Saya menangis.

W
Waceed

Akhirnya cita-cita Zahid tercapai untuk menjadi guru walaupun guru sementara (guru ganti) 😎 Tapi di sekolah itu dia berjumpa dengan seorang pelajar yang bermasalah,Zaed (nama hampir sama pulak tu 😁) Di situ dia nampak kebolehan sebenar Zaed tapi pihak sekolah tidak pernah mengambil peduli 😢 Sehinggakan satu kemalangan tragis menimpa Zaed dan menyebabkan dia tidak boleh lagi mencapai cita-citanya 😭 Tapi ada sesuatu yang berbahaya yang menanti Zahid 😯 Kehadiran Cikgu Zoro yang menyertai kumpulan X 😱 Dan ada bahaya menanti kumpulan MISI 😰 Kalau nak tahu,kena baca Misi 4 Flat X ! 🤗

1 Review
Komik M Misi 6A Misi Cikgu Zahid
You have successfully subscribed!
This email has been registered