Komik Gaza Detik Awal Palestin Dijajah By IF Moses

Paperback, 177 pages
ISBN: 9789832423508
Diterbitkan : 28 Mac 2018
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin – memancing, berniaga roti Tabun dan bersama-sama kerajaan Turki Uthmaniyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringankan perjalanan jemaah haji. Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herzi untuk menakluki Palestin. Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzi sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu. Tapi… siapa? Dan kenapa?