Tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum tahun baru cina ialah 20 januari 2020.
Kita Tidak Berdosa - Iman Shoppe Bookstore

Kita Tidak Berdosa

Penulis: Muhd Kamil Ibrahim

 

“Prof, boleh maklumkan tajuk kuliah yang ingin disampaikan?”

“Kita Tidak Berdosa.”

Beberapa hari kemudian pihak penganjur berhubung sekali lagi.

“Prof, boleh kita tukar tajuk?”

“Mahu tukar kepada...?”

“Ya Allah, Ampunilah Kami.”

“Itu tajuk budak sekolah. Saya memilih tajuk Kita Tidak Berdosa atas beberapa sebab. Tiada paksaan untuk menjemput saya berceramah. Tuan (Puan) belum pun mendengar apa yang ingin saya tuturkan tetapi sudah mempunyai tanggapan tertentu. Saya tidak akan pergi jika tajuk ditukar.”

Dan, pada hari tersebut, saya masuk ke lokasi untuk menyampaikan kuliah, mata saya terpandang banner yang tergantung.

Allah ya Allah, tajuknya telah ditukar!

+