Penulis : Fathi Yakan
Isti'ab (atau Istiab) adalah manual ringkas buat sesiapa yang mahu berdakwah kepada manusia lain. Kalau mahu berjumpa subjek (ingat, bukan objek) dakwah, dan mahu persediaan melalui pembacaan, bolehlah baca buku ini untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan seorang da'ie untuk menarik subjek ke dalam gelanggang dakwah.
Menurut Fathi Yakan, bersumberkan Al-Quran dan Sunnah, sesiapa yang bilang dirinya da'ie perlu mempamerkan kelembutan dalam budi bicara. Lebih-lebih lagi sekiranya dia berhadapan dengan subjek dakwah. Jangan sekali-kali dia menunjukkan kemarahan terhadapnya. Sebarang penunjukkan kemarahan boleh menjauhkan subjek dari dakwah, sekaligus mendatangkan fitnah kepada organisasi dakwah yang diwakili da'ie itu.