Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam Kenangan - Iman Shoppe Bookstore
RM12.00 MYR

Iman Shoppe Bookstore

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam Kenangan

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat berkenaan seorang ulama kontemporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga cuba mengetengahkan  aspek pemikiran beliau yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnya dikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.

..............................................................................................................................................................

"Penguasaan dalam bahasa Arab yang baik, pidato yang mengesankan jiwa, hujah yang mantap, wajah istidlal daripada dalil dan juga kekuatan Usul Al-Fiqh menjadikan beliau cukup terkenal di bumi Syam.  Beliau mampu mengajar  ilmu tasawuf melalui Syarah Hikam yang cukup terkenal. Kajian sirah nabawiyah melalui kitabnya Fiqh As-Sirah melonjokkan namanya ke persada tokoh ulama dunia mutahkhir ini."

S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri

Mufti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

Sale

Unavailable

Sold Out