Himpunan Risalah Imam Hassan Albanna By Hassan Albanna [PBP]

Hassan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap.
Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara.
Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Menerima dunia dengan penuh bersahaja.
Tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya hanya sekadar secukupnya.
Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Hidup serba ringkas. Menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka.
Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan hidup dalam dunia ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia.
Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Belaiu mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan.
Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Meneggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya kepada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan, barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.