Himpunan Ilmu Dan Hikmah Jilid 3 by Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali

Penulis: Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali
Kitab Jami' Ulum wal Hikam ini menghimpunkan hadis Rasulullah s.a.w yang menjadi paksi kepada pelbagai ilmu dan hikmah. Melalui hadis yang dihimpunkan ini, lahir pelbagai ilmu yang amat berguna dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kelebihan yang Allah berikan kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda mampu mengungkapkan hadis yang pendek tetapi maknanya cukup mendalam dan meluas. Inilah antara bukti kebenaran firman Allah yang bermaksud: Dia (Nabi Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Apa yang diungkapkannya adalah wahyu daripada Allah.