Sold Out
Zoom the image with mouse

Hikayat Satria Satria Sejati 3 Badai Perjuangan by Hilal Asyraf

Hilal Asyraf
Out of stock
RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: Hilal Asyraf Resources
Tahun Terbit: Oktober 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Fiksyen
ISBN: 9789672208136
Ketebalan:  440 m/s
Format: Soft cover

Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar!

Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu. Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu.

Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan! Ikuti perjalanan perjuangan mereka yang seterusnya!

Customer Reviews

Based on 16 reviews
69%
(11)
25%
(4)
6%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
S
Sarah (Goodreads)
Hikayat Satria Satria Sejati 3

perjalanan yang sangat mendebarkan dan penuh dengan cabaran yang hebat2.
saya rasa kalau saya berada di tempat mereka pun, keyakinan saya akan mula terpukul, jadi saya rasa saya boleh relate dengan perasaan Ashwadi..
rahsia yusuf juga akhirnya dibongkarkan dalam buku ketiga ini, perkara yang paling saya nantikan selama ini sebab saya selalu rasa was2 dengannya dan terfikir yang dia akan mengkhianati ariki, namun tidak.
momen ariki dan mikail melamar srikandi pujaan hati mereka juga adalah antara momen yang paling saya suka HAHAHAH
konflik di tanah suci juga saya rasa bukan satu isu yang kecil dan ringan, respek saya kepada mikail kerana mempunyai nilai2 seorang pemimpin yang bagus dan saya jujur setiap kali mebaca tentang habib jama'a, saya rasa mual dengan perbuatan hipokritnya. sedar atau tidak, orang sperti dia banyak yang wujud di dunia nyata dan saya paling benci org yang sebegitu!
saya harap dalam buku keempat, cerita tentang bustanati dan Tuah Awaras akan diulaskan dengan lebih lanjut, saya curious!

N
Noral (Goodreads)
Hikayat Satria Satria Sejati 3

ok.

Ceritanya tidak lembab. Ada kisah kembara yang kita nak tahu apa pengakhirannya.

S
Sha (Goodreads)
Hikayat Satria Satria Sejati 3

Buku ketiga ini membongkarkan rahsia Yusuf yang sentiasa menutup keseluruhan badan dan tidak bersuara.. Malah Ariki yang terjaga telah kehilangan kemahiran menggunakan unsur sebelum ini dan dilatih oleh Arata untuk bertarung tanpa unsur serta meletakkan pergantungan kepada Allah.. Runihara dan Jilani yang ke Tanah Suci untuk mendapatkan Mikail pula menerima kejutan yang tak disangka.. Perjuangan mereka masih jauh bila secara tiba-tiba pihak musuh bertukar kepada lebih berkuasa.

6 Reviews
Hikayat Satria Satria Sejati 3 Badai Perjuangan by Hilal Asyraf
You have successfully subscribed!
This email has been registered