Happy Ending Full Barokah By Solikhin Abu Izzuddin

Oleh: Solikhin Abu Izzuddin
Istirehat di Syurga..?
INSYA ALLAH...
Seseorang bertanya,
“Bilakah seorang mukmin istirehat?”
“Ketika ia telah menginjakkan kakinya di syurga,” begitu nasihat dahsyat Imam Ahmad.
Sebelum istirehat, buatlah hidup lebih bermakna. Bacalah. Siapa tahu buku inilah buku terakhirku dan buku terakhirmu. Terakhir yang ku tulis atau terakhir yang engkau baca, mengakhiri kebiasaan buruk untuk mengawali hari-hari baru penuh haru biru dalam hidupmu. Buku ini adalah buku terakhir dari Trilogi Motivasi ZERO to HERO, The WAY to WIN, dan HERO, Happy Ending full baROkah.
Sebelum istirahat, persiapkan sentuhan akhir yang membahagiakan.
Jadikanlah...
Setiap detik sebagai peluang untuk melahirkan amal heroik, kerja keras.
Setiap jantung berdetak selalu ada karya tercetak, kerja cerdas.
Setiap titis keringat adalah syukur nikmat, kerja ikhlas.
Setiap titis air mata adalah lautan maghfirah, kerja introspeksi dan...
Setiap titisan darah di jalan Allah adalah sepenuhnya kerja jihad untuk menyucikan dosa.
Begitulah hidup. Lebih bermakna bila fokus pada kualiti tanpa meremehkan kuantiti. Adapun bila kualiti bergabung dengan kuantiti tentu akan menjadi kekuatan super dahsyat. Seperti kebijakan fikiran seorang pemimpin, bersarang dalam hati yang ikhlas, tegak di atas tubuh yang kuat, dan tampak dalam kemuliaan akhlak.
“Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku di akhirnya, sebaik-baik amalku adalah penamatnya, dan sebaik-baik hari-hariku adalah pertemuanku dengan Engkau.”