Hadis-Hadis Hukum by Ibn Al-Mulaqqin

- Himpunan hadis-hadis hukum Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
- Tunjang landasan fiqh bagi mazhab Syafi’i.
- Imbasan pantas untuk para penuntut ilmu menghafaz dalil-dalil hukum.
Telaga Biru Sdn. Bhd. memilih karya Ibn Al-Mulaqqin sebagai terjemahan kali ini setelah melihat kepada kredibiliti beliau yang sangat tinggi dalam bidang hadis. Setiap hadis dalam buku ini diambil daripada dua buku hadis yang paling sahih di mata ahli hadis, iaitu Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim. Bertepatan dengan manhaj di Nusantara yang berpegang dengan mazhab Syafi'i dalam pengamalan fiqh, maka amat wajarlah terjemahan kitab ini dimiliki oleh semua. buku ini juga sesuai dijadikan sebagai imbasan pantas untuk para penuntut menghafal dalil-dalil hukum mazhab Syafi'i.