Hadis 40 Imam Nawawi by Ustaz Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria

Penulis: Ustaz Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria
Penerbit: Telaga Biru
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Hadis
ISBN: 9789673880126
Ketebalan: 226
Format: Paperback
Buku HADIS 40 IMAM NAWAWI ini adalah salah satu daripada sekian banyak karya agung Imam Nawawi, malah diiktiraf antara karya terbaik beliau. Walaupun namanya Hadis 40, namun buku ini menghuraikan 42 buah hadis. Hal ini berlaku kerana menjadi tradisi orang Arab untuk menggenapkan sebarangbilangan yang terlebih atau terkurang hingga bilangan 42 menjadi 40 sahaja.
Antara ciri istimewa buku HADIS 40 IMAM NAWAWI ini adalah setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak, dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis.
Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas, dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta menjadi sebutan dari lidah para da'ie. Walau bagaimanapun, sana-sanad tersebut disertakan dalam bahasa Melayu.
Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat, dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.