Sold Out
Zoom the image with mouse

Ghuraba' Terasing? Takut Apa, Allah Kan Ada. by Muhammad Shahrul Ifwat

Out of stock
RM22.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Muhammad Shahrul Ifwat
Penerbit: Habibain Resources
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Tarbiah, Motivasi
ISBN: 9789671546932
Ketebalan: 130 m/s
Format: Soft cover

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pernah menulis komen kepada saya, "Orang biasa-biasa boleh ditimpa loneliness. Namun, orang macam ustaz pula boleh diuji dengan aloneness."

Pastinya, kata-kata ini bukan kata-kata yang biasa dan bukan juga diluahkan oleh orang biasa. Oleh itu, saya mengambil berat terhadap kata-kata ini kerana saya sendiri merasainya. Benar! Terasa begitu terasing di bumi sendiri. Tanpa disedari, sudah lebih 10 tahun saya berada di luar negara. Bermusafir demi menuntut ilmu, dari Tanah Arab hinggalah ke dunia Barat. Pengajian yang bukan hanya sekadar di dalam kelas itu memberi kesan yang besar terhadap diri ini. Saya belajar tentang masyarakat, budaya dan yang paling penting ialah belajar tentang kehidupan manusia itu sendiri. Secara tidak langsung, saya dapat melihat pelbagai versi pengamalan Islam dalam kalangan pelbagai latar masyarakat yang akhirnya mendesak diri untuk mencari apa erti Islam yang sebenar berbanding Islam warisan.

Hakikatnya, ‘menjadi asing’ turut merupakan saranan Baginda SAW yang bermaksud: “Hiduplah kamu di dunia ini sebagai orang asing atau pengembara.” Mengambil iktibar daripada hadith ini, maka menjadi orang asing dan pengembara itu bukanlah suatu beban, bahkan ia menyedarkan kita tentang ketidakpastian, risiko dan cabaran yang sedang kita lalui. Semua itu menjadikan kita sentiasa bermuhasabah tentang matlamat kewujudan diri di dunia ini dan dalam masa yang sama tidak hanya mengambil jalan ‘ikut-ikutan’ dalam melayari setiap detik kehidupan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Write a review
Ghuraba' Terasing? Takut Apa, Allah Kan Ada. by Muhammad Shahrul Ifwat
You have successfully subscribed!
This email has been registered