Gerbang Masa Makrokosmik - Iman Shoppe Bookstore
Gerbang Masa Makrokosmik - Iman Shoppe Bookstore
Gerbang Masa Makrokosmik - Iman Shoppe Bookstore
Gerbang Masa Makrokosmik - Iman Shoppe Bookstore

Gerbang Masa Makrokosmik

Regular price RM27.00 Sale price RM25.11 Save RM1.89
/
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Only 14 items in stock!
Penulis: Fizziany
Penerbit: Fizziany
ISBN: 9789671567074
Jumlah halaman: 300 m/s

Setelah mesin masa berjaya diaktifkan oleh Prof. Nano, Dr. Ion merentas ke masa depan untuk melihat nasibnya. Malang, beliau mendapati hasil kerjanya tidak mendapat penghargaan sewajarnya daripada dunia. Malah, dia akan dibunuh oleh seorang lelaki bernama Kapten Neo.

Berang dan tidak percaya dengan ramalan masa depan, Dr. Ion bertindak merampas Nanoken, seketul batu berkuasa aneh dan mengaktifkan Gerbang Masa Makrokosmik untuk kembali ke masa lalu bagi mencari lelaki bernama Kapten Neo.

Dalam pergelutan berebut Nanoken dengan Prof. Nano, Gerbang Masa Makrokosmik tersalah tetapan lalu Dr. Ion tercampak ke zaman 1511, di mana dia menemui sesuatu yang lebih berharga di sana. Punca kuasa untuk menakhluk dunia! Bila tamak mula merajai hati, niat asal Dr. Ion berubah. Dia tidak lagi mahu mencari lelaki bernama Kapten Neo semata-mata, malah mahu menakhluk dunia!

Kemalangan di dalam makmal, kehilangan Nanoken daripada simpanan Badan Sains Dunia dan kerosakan Gerbang Masa Makrokosmik telah mengakibatkan Prof. Nano digantung kerja. Usaha sejak kecilnya sia-sia. Demi membuktikan dia tidak bersalah dan mahukan kerjayanya kembali, Prof. Nano mula merancang untuk menjejak Dr. Ion. Tanpa disedari, Dr. Ion sudah memanipulasi kuasa dan masa yang ada padanya untuk memusnahkan dunia perlahan-lahan.

Dalam kembara mencari Dr. Ion dan Nanoken, Prof. Nano menemukan banyak hal di sepanjang pengembaraannya.

Sahabat. Cinta. Kasih Sayang. Kemanusiaan.

Apa terjadi seterusnya?

Siapa Kapten Neo?

Apakah ramalan Gerbang Masa Makrokosmik satu kebenaran?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)