Gelombang Baru 2 Meniup Taufan by Hilal Asyraf

Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: Hilal Asyraf Resources
Tahun Terbit: Oktober 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Fiksyen
ISBN: 9789672208204
Ketebalan: 283 m/s
Format: Soft cover
Pasukan Bola Tampar MATRI kini kembali bersatu. Pencapaian yang dipamerkan di Kejohanan Terbuka telah menjadi bukti bahawa mereka mampu melakukan peningkatan dan membuat perubahan. Nama “Avant-garde” kini hidup kembali.
Tetapi cabaran belum berakhir. Pembubaran masih menghantui, apabila pencapaian akademik dijadikan penanda aras. Bersama Hussam, mereka cuba mengatasi halangan tersebut.
Pada masa yang sama, jurulatih Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP), Cikgu Senan, mula rasa terancam dengan perkembangan Pasukan Bola Tampar MATRI. Tidak mahu rekod juara bertahan SSNP runtuh, Cikgu Senan mula menyusun makar yang bakal menggegar pasukan Avant-garde!