Fiqh Muwatonah: Negara & Kewarganegaraan - Iman Shoppe Bookstore
RM25.00 MYR

Ahlamuna

Fiqh Muwatonah: Negara & Kewarganegaraan

Apakah defini tanah air bagi seseorang? Bolehkah sebuah negara muslim menerima kewarganeraan bukan muslim? Apakah kaitan antara patriotisme, nasionalisme, dan kewarganeraan? Apakah pandangan agama terhadap isu ini? Temui jawapannya dalam buku ini. “Pastikan terjemahannya tepat dan dirujuk kepada yang ahli.” Begitu lebih kurang maksud pesanan melalui whatsapp dari Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika kami menyampaikan hasrat untuk menterjemah dan menerbitkan buku beliau ini. Sungguh, satu amanah yang sangat besar. Kami berterima kasih kepada para asatizah (semoga Allah merahmati dan memberkati amal dan umur mereka) yang sangat banyak membantu dan menasihati kami dalam proses penterjemahan dan penerbitan buku ini. Perjalanan kami mencari buku rujukan berkenaan FIQH MUWATONAH (fikah kewarganegaraan) menemukan kami dengan buku karangan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ini. Ketika itu dan saat ini, negara kita sedang semarak membincangkan tema tersebut. Kami berterima kasih kepada sahabat yang sudi meminjamkan kami naskhah Bahasa Arab kepunyaan beliau. Buku ini mengandungi tiga bab. Bab pertama: membincangkan sekitar definisi tanah air dan kewarganegaraan. Bab kedua: membincangkan kedudukan Muslim dan Non-Muslim dalam Negara Islam. Bab ketiga: membincangkan kedudukan kewarganegaraan Muslim dalam Negara Non-Muslim. Buku ini tidak memberikan semua jawapan. Tetapi, bagi kami, cukup untuk memulakan perjalanan mencari kebenaran di atas kesabaran. Terjemahan kami jauh dari kesempurnaan. Sekiranya para pembaca budiman mendapati kebaikan didalamnya, kami pulangkan kepada Takdir Yang Maha Esa. Segala kekurangan yang ada, kami menghulurkan kedua belah tapak tangan untuk menerima segala teguran dan nasihat. Selamat memiliki dan menikmati buku ini.
Sale

Unavailable

Sold Out