Diet-licious! 2.0 - Iman Shoppe Bookstore

Diet-licious! 2.0

Regular price RM25.00 Save RM-25.00
/
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Only 10 items in stock!

Penulis: Ruqayyah Muhd, M.H. Nizam, dll
Penerbit: KataPilar Books
ISBN: 9789672014478

Risau berat badan naik? Bawa pinggan makanan anda kepada para dietitian ini!

Dietitian paling takut apabila orang lain tengok pinggan atau apa yang kami suap ke dalam mulut. Ya lah, kami beriya beri nasihat jangan makan begitu begini, tiba-tiba kami pula makan banyak?

Kadangkala orang lain yang bawa lari pinggan apabila kami datang. Takut kami pula yang kira kalori mereka. Segan dan risau kami kata, “Hmmm.. makan macam ni, bila nak kurus?” Walaupun ada saja yang tak hairan kalau kami membebel— hari ini makan, esok lusa diet lah, kan?

Kebanyakan masa, kami juga seperti anda. Makan apabila lapar, makan macam-macam apabila ada jamuan, tidak merungut apa yang dihidang biarpun tidak sihat atau berkalori tinggi.

Kami mungkin tidak dapat lari daripada mencongak kalori yang ada pada makanan kerana telah terbiasa berbuat demikian. Jangan risau, kami lakukan diam-diam sahaja.

Tetapi, jika anda datang untuk dapatkan nasihat pemakanan dan gaya hidup sihat, kami tidak akan ragu memberinya. (Cuma, kalau kami kenal anda lebih rapat, mungkin sambil nasihat itu kami cubit-cubit lemak di perut anda sikit..)

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)