Bukan Ubah 0 - Iman Shoppe Bookstore
RM15.00 MYR

Iman Shoppe Bookstore

Bukan Ubah 0

Penulis : Nur Diana

Buku ini menceritakan tentang seorang gadis yang dulunya hidup penuh suka duka dengan keduniaan mula berubah dari kosong, mula mengenal Islam secara perlahan-lahan setelah diberi ujian oleh Allah.

Saya pasti ramai manusia dia luar sana yang ingin berubah ke arah kebaikan, yang mencari-cari tujuan hidup, atau yang tidak tahu di mana mahu mula untuk berubah, ingin sekali saya kongsikan buku ini dengan anda semua.

Bagaimana seseorang yang langsung tidak pernah terjangka untuk berubah kerna selesa dengan hidupnya sekarang boleh tersentuh dan semangat untuk berubah ke arah kebaikan dari hari ke hari apabila hidayah Allah menyapanya.

Pelbagai perkara disentuh dalam buku ini secara ringan atau secara dasar. Sengaja saya tidak memberatkan isi di dalam buku ini, ingin saya ceritakan kisah ini dalam keadaan santai. Tujuannya, agar para pembaca yang baru semangat ingin berubah tidak di bebankan dengan benda benda yang besar dan menakutkan, cukuplah pada mulanya perubahan manusia ini, didedahkan dengan benda-benda penting dan mudah dan diberikan pengharapan yang besar pada mereka.

Antara aspek penting yang disentuh dalam ini seperti menunaikan solat, menutup aurat, membaca al-quran, bersedekah, mencintai Allah dan Nabi, cinta manusia, menuntut ilmu dan pelbagai lagi.

Ingin saya mengajak mereka mengenal semua aspek ini dengan penuh rasa cinta melalui penulisan kisah ini. Supaya para pembaca merasa semua aspek ini tidak seberat yang di sangka, betapa indahnya perasaan ini apabila mereka berjaya membuat semua itu.

Sale

Unavailable

Sold Out