Biografi Agung Rasulullah (Edisi Jimat)

Penulis: Rusydi Ramli Al Jauhari
Penerbit: Mustread
Tahun Terbit: 2015
Bahasa: Melayu
Genre: Sirah
ISBN: 9789670716336
Ketebalan: 386
Format: Paperback
Kenali dan Cintai Rasulullah. Sebagai umat Islam, menjadi kekesalan yang besar apabila kita jahil akan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, kerana Baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Allah SWT memilih Baginda sebagai kekasihNya. Maka sebaik-baiknya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih agung melebihi segala-galanya.
Moga ilmu yang diperoleh melalui buku ini menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang mahu mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. Surah al-Ahzab ayat 56.