Penulis: Norhayati Jusoh
Penasihat: Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin (Penulis Buku Best Seller Ahmad Ammar)
Penerbit: Casamas
Buku ini kompilasi lapan kidah hidup insan-insan terpilh menuju cahaya Ilahi. Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna kehidupan dalam memaknai perjalanan kehidupan yang ditempuhi. Pengembaraan melalui denai dan lurah yang penuh cabaran yang tragis, bukanlah suatu yang mudah dan indah.
Hidayah adalh nikmat agung yang hanya dirasai oleh orang-orang ikhlas memburu cintaNya serta sanggup menggadai kilauan perhiasan dunia.
" Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan sekali air mata mereka diseka.
Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan setakat menambah iman dalam di dada tetapi keazaman untuk terus mengikut jejak langkah yang dibina.
Menelusuri jalur kehidupan mereka menyedarkan kita hidayah adalah kurniaan hebat Allah untuk memberi nilai tertinggi kepada manusia itu sendiri."