Zoom the image with mouse

Berfikir Tentang Pemikiran by Syed Ahmad Fathi

15 In stock
RM35.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Syed Ahmad Fathi

Penerbit: The Biblio Press

Tahun Terbit: 2020

Bahasa: Bahasa Melayu

Genre: Bacaan Umum

ISBN: 9789671854914

Ketebalan: 388

Format: Softcover

Berat: 0.39 kg

Harga: RM 35.00

Sinopsis:

Buku ‘Berfikir Tentang Pemikiran’ pada asalnya ditulis oleh penulis bagi mengumpulkan pemikiran, pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang mengikuti aktiviti dakwah dan tarbiyah di dalam pergerakan Islam di Malaysia.

Buku ini juga memuatkan pemikiran-pemikiran hasil dari pembacaan dan juga isu-isu semasa. Antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan dalam pergerakan organisasi Islam dan teori-teori sedia ada yang membentuk pemikiran beliau.

Selain itu buku ini turut membicarakan pelbagai sudut pandangan penulis berkenaan dengan politik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengaruh dan peranan media dalam kancah pertarungan politik, pemikiran perihal kritik sosial dan juga keitikan terhadap model ekonomi dan pendidikan terkini, cabarannya dan penambahbaikan.

Fokus buku ini adalah untuk mengajak pembaca menilai semula neraca fikir dan berani berfikir dalam konteks yang lebih luas dan rencam.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
40%
(2)
60%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Shimah (goodreads)

Berfikir tentang Pemikiran - sesuai dengan tajuk. Memang saya banyak berfikir pun ketika menghayati setiap baris demi baris. Banyak yang kita perlu ubah, banyak yang kita terlepas pandang.

“Orang yang tidak mahu berubah akan ketinggalan, orang yang berani melihat perubahan sebagai satu pengembaraan dan sedia berubah akan kekal relevan”.

Pentingnya ATTARBIYAH (mendorong/memberi arahan).
Anak hasil didikan ATTARBIYAH ini adalah anak yang boleh mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan dan ia sendiri tidak terpengaruh dengan any negative vibe.

H
Harizhanit (goodreads)

Buku ini sesuai dengan pembaca yang mencari jalan tarbiah yang berkesan. Ada juga menyentuh berkaitan politik tetapi pada pendapat saya, 70% isinya berkaitan usaha dan cabaran penulis dalam menyampaikan tarbiah bersulamkan dengan pemikiran-pemikiran tradisional masyarakat yang penulis cuba untuk pembaca berfikir dan menilai. Buku ini sangat bagus.

U
Usaid Asmadi (goodreads)

Mungkin boleh untuk dikatakan buku yang menulis dengan jujur tanpa perlu memburukkan orang lain dengan bahasa yang buruk. Kebiasaannya, ketika mengkritik sikap dan pendirian orang lain, kita ada kecenderungan untuk merendahkan. Tetapi untuk buku ini, lebih cenderung ketengahkan pemikiran.

Yang paling menarik perhatian saya tentang bagaimana penulis berjaya mengadun kandungan buku yang dibaca dengan pengalaman atau fikiran yang sedang dilalui. Bahkan, dalam satu proses itu boleh diadun 3-4 buah buku.

Jujurnya, awal-awal baca tak capai dengan jangkaan yang saya letakkan. Selepas masuk ke bab kedua, dah boleh ikut rentak gaya penulis

Berfikir Tentang Pemikiran by Syed Ahmad Fathi
You have successfully subscribed!
This email has been registered