Beginilah Tarbiyah Mengajarkan Aku By Nabilah Hassan

Penulis: Nabilah Hassan
Penerbit: Muassis Publication
ISBN: 9789671761151
Ketebalan: 228 m/s
SEBUAH KOMPILASI KISAH BENAR.
"Kak, akak nak pergi solat zuhur ke?" aku menyapa. Kakak itu terkejut sebentar ditegur secara tiba-tiba oleh seorang stranger.
"Boleh saya ikut? Saya 'freshie'. Baru masuk." aku menerangkan tanpa sempat ditanya.
Kakak bertudung labuh itu tersenyum manis. Mesra.
"Oh yeke? Jarang new intake musim macam sekarang." Masa tu awal Februari. New intake selalunya pada bulan Jun-Julai.
"Aah. Saya dengan classmates masuk guna result trial MARA. SPC. First batch social science", terangku kepadanya.
"Ooo.."
"Akak, akak pakai tudung labuh ni mesti join usrah kan? Kalau akak buat usrah, saya nak join boleh?" Tanyaku random. Selamba.
Terkejut akak tu dengan soalan random itu. " Ada, insya-Allah. Kenapa nak usrah?"
"Saya takut sesat, saya takut murtad. Kita kan nak pergi oversea..."
Itulah pintu masuknya.
Itulah muka surat pertama.