Asas-Asas Berdakwah ke Jalan Allah

Judul: Asas-Asas Berdakwah Ke Jalan Allah
Penulis: Dr. Hammam Said
Penerbit: Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sinopsis:
Buku ini merupakan cetakan terbaru daripada buku 'Qawaid al- Dakwah ila Allah S.W.T', serta merupakan penambahbaikan setelah lebih 15 tahun selepas penerbitan edisi pertama. Dalam edisi pertama , buku ini mengandungi 15 kaedah, manakala pada edisi terbaru ini terdapat penambahan sebanyak enam asas dakwah.
Asas-asas yang terdapat dalam buku ini akan menjelaskan mengenai pembentukan asas syariah kepada beberapa aspek amalan-amalan Islam, Contohnya, pembentukan asas kepada masyarakat yang sering memperkatakan mengenai pensyariatan, kesahihan dan juga sifat-sifat bagi amalan tersebut. Oleh yang demikian, asas-asas ini akan menjadi pendirian bagi menghadapi pelbagai fitnah. Selain itu, asas ini juga akan membantu menangani risiko pengasingan umat dikala umat memerlukan para mujahid yang menjalankan kerja-kerja dakwah.
Penambahan yang terdapat didalam buku ini juga mengandungi dua asas utama yang berkaitan dengan kefahaman. Pertama, berkaitan dengan asas bagi suatu kefahaman beserta dengan kepentingan, disiplin-disiplin, rukun-rukun dan kesan-kesan kefahaman tersebut terhadap negara-negara Islam di seluruh dunia. Kedua, asas tersebut akan membincangkan mengenai perbandingan antara kefahaman yang menjadi dasar dengan kefahman yang wajib.