Zoom the image with mouse

Aristokra: Kronika Nashan by Ahmad Patria

PTS Bookcafe
17 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Ahmad Patria
Penerbit: Penerbit X
Tahun Terbitan: 2016
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789673693184
Bil. Muka surat: 384m/s
Format: Paperback
Harga: RM25.00
Berat: 0.27

Sinopsis

Nashan.

Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir.

Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.

Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.

Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran.

Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh.

Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar.

Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran,

Aristokra.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
R
Raja Kegelapan
Saya membaca hampir semua karya Ahmad Patria termasuk siri Saga Artakusiad.

Pada pendapat saya karya ini adalah terbaik berbanding karya-karya beliau sebelum ini. Dari segi gaya bahasa Aristokra berada di tengah-tengah di antara 6 buku Saga Artakusiad yang terawal dan buku Legenda Numerius (buku 7). Enam siri Saga Artakusiad mempunyai gaya bahasa agak ringan, easy reading dan tidak banyak teknik imbas kembali. Legenda Numerius mempunyai gaya bahasa yang agak berat, kurang dialog dan banyak teknik monoloque. Manakala, Aristokra mempunyai gaya bahasa yang mudah dan sastera yang tidak meleret. Dialog-dialog juga diolah secara bijak, pembaca tidak akan melihat satu perbualan yang berlebih-lebihan. Contohnya di mana perbualan Mori dengan Melyn yang mengatakan bahawa dia juga berasal dari keluarga petani. Begitu juga dialog antara Bulwar (pertama) dengan pengikut-pengikut setianya yang ingin membunuhnya.

Teknik imbas kembali digunakan secara berleluasa dalam naratif ini bagi menceritakan hubungan satu plot ke satu plot yang lain, walaupun mungkin sesetengah plot tidak jelas dalam buku ini. Walau bagaimanapun, pembaca tidak akan sesat di dalam imbas kembali kerana teknik ini telah disusun dengan baik. Teknik ini bagi saya adalah bagus bagi mengembangkan lagi naratif dan memberi peluang kepada watak lain untuk muncul seperti Merkia, Bulwar (pertama) dan sebagainya. Walau bagaimanapun. bagi pembaca yang tidak membaca Saga Artakusiad mungkin menghadapai kesulitan untuk memahami watak-watak seperti Merkia, Artakus, Belakios, Morrok yang merupakan watak-watak di dalam Saga Artakusiad.

Aristokra bagi saya menunjukkan kematangan penulis dalam menzahirkan naratif yang dekat dengan pembaca, seolah-olah menonton filem di mana kita akan melihat plot-plot dari kaca mata Melyn, Pemerintan Nashan. Perbualan, suasana, peristiwa, bahasa tubuh, fizikal digambarkan secara terperinci bagi membolehkan pembaca dapat mengambarkan setiap scene yang berlaku. Begitu juga dengan perincian pertarungan antara Shirgen/Mori dengan Tentera Sursis dan juga pertarungan Bulwar/Shilrung menentang Krodra.

Jalan cerita Aristokra adalah sesuatu yang biasa sebenarnya di mana Nashan dibawah pemerintahan Melyn diancam oleh Sursis, gerombolan penyamun/pendagi/penjarah. Yang menarik cerita ini apabila cerita biasa ini diolah dengan menghubungkan naratif ini dengan kisah-kisah Bulwar/Shilrung menentang Krodra yang akan mewarisi Spiara Bulwar yang (mungkin) digunakan oleh Melyn untuk menewaskan Sursis. Kisah di mana, pedang Arkus kepunyaan Artakus digunakan untuk merungkai misteri Spiara Bulwar. Kisah Bulwar (pertama) yang disumpah oleh Spiara dan sebagainya.

Nasihat saya, jika anda membaca Aristokra bersama buku fiksyen lain pada masa yang sama. Anda kehilangan nafsu untuk meneruskan pembacaan buku tersebut. Sebab anda telah mendapat kepuasan dengan Aristokra.

S
Siqahiqa
Buku bergenre fantasi pertama dan juga buku pertama karya Ahmad Patria yang aku baca dan secara s...

Sepanjang penceritaan, kita diperkenalkan dengan pelbagai watak yang membawa peribadi berbeza namun memiliki dua sifat yang sama iaitu semangat tidak pernah gentar bertemu musuh dan bersedia menyahut cabaran. Pada mulanya, aku agak keliru dengan nama watak. Bergenre fantasi makanya nama watak pun bukan nama biasa. Namun begitu, selepas beberapa bab, aku mulai selesa dengan nama watak dan kisah mereka.

Plot cerita disusun dengan sangat baik. Cara olahan setiap plot sangat cantik dengan gaya bahasa yang menarik juga disertakan dengan kosa kata yang berlainan. Penulis juga bijak memberi gambaran aksi di medan pertempuran 👍🏻

Ada dua pertempuran utama dalam buku ini. Apa yang aku suka adalah penulis tidak membiarkan aku berdebar tak sudah membaca kisah peperangan. Cerita disambung kepada kisah lain yang bisa membuat jantung aku berdegup dengan kadar normal dan kemudian, debaran kembali dengan kisah pertempuran kedua.

Watak yang memberi kesan mendalam pada diriku adalah Bulwar dan Shilrung. "Persahabatan sejati yang bermula dengan kebaikan dan terbina di atas kejujuran". Watak lain yang aku gemar pastilah Aristokra Nashan iaitu Puteri Melyn. Aku terkesan sekali apabila dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya dalam menimbang tara keputusan.

Secara keseluruhannya, siri ini amat menarik bagiku dan semestinya menjadi siri yang aku mahu baca hingga ke buku akhir. Maklumlah, apabila buku bersiri makanya kisah tergantung ye. Barulah aku sedar bahawa seronok baca genre fantasi rupanya. Patutlah ramai orang minat fantasi. Sis lambat join group 🙈😂

Terima kasih @cazaazmy dan @bukupts atas pemberian buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku 💖

⭐️ : 4.5/5

Quotes:
"Tadbir tidak bisa mengatasi takdir"

"Setiap kali membuat keputusan, perhalusilah. Pertimbangkan dengan fikiranmu, pertimbangkan dengan hatimu, sebelum kau pertimbangkan dengan lidahmu."

"Manusia tidak punya kuasa, senantiasa mengharapkan rahmat dari Ilahi. Maka, keikhlasan sangat utama, kerana Tuhan menyayangi orang yang ikhlas" - Merkia

"Kuasa yang diberikan kepada manusia hanyalah satu ilusi. Hanya Tuhan sebenar penakluk".

Aristokra: Kronika Nashan by Ahmad Patria
You have successfully subscribed!
This email has been registered