Apa Erti Saya Bergabung Dalam Gerakan Islam By Fathi Yakan

Oleh: Fathi Yakan (132 m/s)
Asas bagi penggabungan seseorang dengan gerakan Islam ialah wujudnya ciri-ciri dan sifat-sifat penggabungan seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan Harakah Islamiah mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota gerakan Islam.
Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat penggabungan seseorang dengan agama ini.
"Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)." (Al-Hajj,22:78)