Zoom the image with mouse

Angkatan Baru by Hamka

Gema Insani
66 In stock
RM17.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Hamka
Penerbit: Gema Insani
Tahun Terbit: Januari 2016
Bahasa: Melayu / Indonesia
Genre: Novel, Fiksyen
ISBN: 9786022502937
Ketebalan: 88 m/s
Format: Soft cover

Novel bertajuk Angkatan Baru ini merupakan hasil pengamatan Hamka dari kehidupan masyarakat Minangkabau, berpadu renungan, penderitaan, dan keluhan di zaman itu. Novel ini menggunakan gaya bahasa Melayu yang juga menjadi ciri khas Hamka dalam deretan karyanya. Daya ingat kita seolah diajak membayangkan suasana Minangkabau di Tanah Sumatra.

Novel 
ini berisi perpaduan antara kentalnya adat dan gelora jiwa muda yang terjerat zaman moden.

Dengan bernas dan sangat menarik, Hamka menyoroti tingkah pemuda yang mengenyam pendidikan tinggi. Namun, tidak sedikit para pemuda yang berpendidikan tinggi itu enggan bersusah payah bekerja. Andaikan bekerja, gajinya harus tinggi sesuai dengan jenjang pendidikan yang diraih.

Melalui novel ini, Buya Hamka ingin menyampaikan sebuah pesan. Beliau ingin menekankan bahwa pendidikan tinggi bukanlah untuk gaji atau status sosial saja, melainkan juga untuk membawa perubahan dan kemajuan bagi masyarakat sekitar.

Membaca dan meresapi makna kisahnya, akan memberi “tamparan” pada kaum muda agar mata hatinya terbuka tentang hakikat berpendidikan tinggi yang sesungguhnya. Bukan hanya meninggikan gengsi bermodalkan gelar pendidikan tinggi.

Buku ini juga memberikan pelajaran bagi orang tua agar tidak hanya memberikan ruang bagi Buah Hati untuk bersekolah, tapi juga ajarkan mereka untuk terjun langsung dalam masyarakat. Agar menjadi anak yang bermanfaat bagi dirinya, keluarga, maupun sekitarnya.
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran order dilakukan semasa hari bekerja Isnin sehingga Jumaat tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini (masukkan link http://bit.ly/ParcelProblemCustomer). Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
NAIMAH NIZAM
Tak lekang dek zaman.

Tulisan ini seolah-olah berjaya meramal apa yang akan jadi pada anak-anak gadis di zaman hari ini. Pengajaran yang cukup baik boleh diambil dari kisah Syamsiar di mana wanita hari ini harus melihat kisah-kisah di dalam novel adalah sesuatu yang tidak semudah itu untuk dicapai melainkan kerja keras dan mempelajari seberapa banyak ilmu yang bermanfaat. Sebuah seruan juga kepada para penulis buku agar tidak lagi menulis sebuah cerita cinta kosong melainkan dimasukkan juga nilai-nilai sebenar kehidupan seorang wanita Muslimah hari ini supaya para pembaca akan memahami serba sedikit cabaran dan cara mengatasinya.

Angkatan Baru by Hamka
You have successfully subscribed!
This email has been registered