Allah atau Manusia - Iman Shoppe Bookstore
RM18.00

RM20.00

Iman Shoppe Bookstore

Allah atau Manusia

Pengarang: Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Penterjemah: Abdul Rauf Baharuddin & Ahmad Tarmizi
Halaman: 82 m/s

Buku ini menyentuh pelbagai isu utama yang memperlihatkan bahawa Islam sejak awal lagi telah mengangkat kedaulatan dan martabat manusia dalam segenap aspek.

Dimensi keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam Islam ketika Syariat Islam dijunjung tinggi ditonjolkan di samping perbandingan sepintas lalu dengan rekod pencapaian tamadun moden Barat dalam perkara-perkara yang sama.

Di sini kita dapat lihat kepakaran al-Shahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti rahimahullah dalam bidang Syariah Islam dan perbandingannya dengan sistem-sistem buatan manusia.

Dalam helaian-helaian yang terbatas ini, kita dipaparkan bagaimana Syariat Islam khususnya dalam bidang Siasah Syar’iah, Muamalat dan Akidah memelihara dan menjamin aspek-aspek yang diambil berat oleh orang-orang zaman sekarang seperti perundangan, ekonomi, politik dan sosial yang berkaitan dengan hak-hak yang dinikmati oleh manusia seluruhnya.

Sale

Unavailable

Sold Out