Alkisah Doktor Kolget – IMAN Shoppe Bookstore
-10%
Sold Out
Zoom the image with mouse

Alkisah Doktor Kolget

Kata Pilar
Out of stock
RM22.50 RM25.00
customers are viewing this product

Dalam kepala kanak-kanak, ia ada dua wajah.


SATU.
Seorang lelaki berkot putih. Berkaca mata. Tersenyum madu menampakkan baris gigi yang sihat. Di tangan kirinya ada satu set gigi plastik dan di tangan kanannya ada berus gigi.

“Gosok dalam pusingan ya, adik-adik! Mulakan dari sini. Gosok. Gosok. Gosok.”
Dan kanak-kanak yang mencangkung di tepi longkang pun memberus gigi dengan gelak tawa dan nakal sambil memegang cawan plastik berisi air.

“Brrrrrrr brrrr brrrrr…puuuuiih…” (tersembur air)

DUA.
Seorang lelaki dengan apron. Topeng menutup muka. Menjeling tajam dengan kening runcing. Tangan kanannya ada jarum. Tangan kiri ada gerudi.

“Ok, adik. Duduk diam. Sebut aaaaaaa… lagi aaaaa… lagi aaaaa…!”

Eeeeee… Dan kanak-kanak itu pun melompat dari kerusi, berjanji takkan masuk lagi!

Walau apapun nostalgia zaman kanak-kanak anda, mereka tetap susuk yang sama. Ada yang memanggilnya Doktor Kolget. Doktor gigi. Atau dentist. Cerita mereka tetap sama. Pengalaman mereka tetap sama.

Dah sedia?

“Sebut aaaaa… aaa… aaaa… Ei. Berapa hari tak gosok gigi ni?”

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 7 hari bekerja tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Write a review
Alkisah Doktor Kolget
You have successfully subscribed!
This email has been registered