Aleppokalips - Iman Shoppe Bookstore
RM30.00 MYR

Iman Shoppe Bookstore

Aleppokalips

Hamzah merupakan seorang anak muda yang hidup dalam serba kemewahan, terperangkap dalam perjalanan mencari identiti dirinya. .

Penghijrahan ibunya, Datin Zaleha, banyak mempengaruhi dirinya. Namun ketiadaan seorang figur ayah di rumah telah menyebabkannya memberontak.

Hamzah termakan dengan propaganda Ustaz Abu Ayyash, yang merupakan seorang rekruter untuk ISIS dan terpengaruh dengan Khalid, seorang anak Melayu yang telah pun ke Syria menyertai ISIS.

Hamzah akhirnya tekad untuk menyertai ISIS di Syria. Namun dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk sampai ke sana.

Pemergian Hamzah ke Syria ada hikmahnya yang tersendiri. Ayah Hamzah, Datuk Sulaiman menyesal dan berazam untuk berubah. Dia malah berjanji untuk membawa Hamzah pulang dengan selamat ke Malaysia.

Setelah tinggal dan melihat sendiri ISIS untuk beberapa ketika, tahulah Hamzah bahawa banyak perkara tentang ISIS adalah indah khabar dari rupa. .

Di sana, dia telah bersahabat baik dengan Salman, yang telah banyak membantunya mengharungi kehidupan di sana.

Dengan pencerahan Ustaz Abu Uwais, Hamzah dan Salman telah memutuskan untuk melarikan diri. Namun rancangan mereka telah diketahui oleh ISIS.

Apa nasib Hamzah dan Salman? Apa kesudahan novel ini?

Semua ini terkandung dalam novel #ALEPPOKALIPS.

Sale

Unavailable

Sold Out