AKHI. - Iman Shoppe Bookstore
RM20.00 MYR

Iman Shoppe Bookstore

AKHI.

AKHI: BUKAN NOVEL CHENTA BIASA-BIASA

Saya mula-mula menulis AKHI ketika awal-awal bersama tarbiyah. Merasakan sendiri kelazatan berukhuwwah di atas jalan dakwah, memberikan saya inspirasi untuk menulis sebuah cerita pendek yang diberi tajuk 'Akhi'.

Cerita yang pada mulanya dijangka menjadi pendek sahaja (dah nama pon cerita pendek kan?), plotnya berkembang dan berkembang . Ada sahaja idea baru yang masuk ke dalam kepala.

Saya berhenti menulis AKHI pada bulan Jun 2009 kerana ketandusan idea. Haha. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya berjaya menyambung dan langsung menyudahkannya pada bulan Januari 2010. Selepas 7 bulan! Ada LIMA siri kesemuanya dan semuanya saya muatkan dalam belog saya.

Kenapa AKHI?

Pada saya, gelaran akhi (atau ukhti untuk akhawat) ialah gelaran besar yang cukup bermakna sekali. Ia bukan sekadar bermakna 'saudaraku' (apabila diterjemah secara langsung), tetapi ia membawa makna 'saudaraku di atas jalan dakwah ini.' Ia adalah gelar penghormatan; gelar yang penuh dengan rasa ukhuwwah dan chenta kerana-Nya. Gelar yang mengingatkan kita bahawa kita punya amanah di muka bumi Allah ini!

Apabila saya mula-mula terjebak ke dalam gerabak dakwah, ukhuwwah lah antara faktor yang menguatkan saya di atas jalan ini. Apabila sedih, ada sahaja yang cuba untuk menggembirakan. Apabila ada masalah, ada sahaja yang akan menghulurkan tangan. Apabila serabut, pasti ada yang akan merungkaikan. Saya benar-benar terkesan dengan nikmat dahsyat bernama ukhuwwah itu!

Akhi itu, apabila disebut dengan itonasi yang tertentu, diungkapkan dengan emosi yang sesuai dan dilafazkan pada tempat dan masa yang tepat, pasti akan mencairkan hati sesiapa sahaja yang ditujukan gelaran itu. Ia benar-benar adalah satu ungkapan chenta yang luar biasa!

Kerana itu saya katakan AKHI bukan sebuah novel chenta biasa-biasa! Ahah.

Memang sudah lama menjadi impian saya agar AKHI dapat dibukukan. Ketika saya mengumpulkan kelima-lima siri AKHI ke dalam satu manuskrip dan meminta seseorang untuk membaca dan memberi review, komen yang saya dapat, ia terlalu pendek untuk dijadikan sebuah novel! Adeh.

Maka dengan susah-payah, saya pon cubalah untuk memanjangkannya. Jujur, untuk menambah dan memanjangkan manuskrip yang sudah ditulis - nak tambah plot, nak cipta krisis, nak wujudkan watak baru - bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan dan beri saya ilham untuk tokok tambah mana yang patut. Haha.

Dan jadilah ia seperti mana yang bakal anda baca nanti. ;) (walaupun masih sangat nipis dan jauh sekali layak dipanggil novel huhu)

Saya tidak boleh jamin yang anda tidak akan menyesal membacanya. Saya tidak berani janji yang ia bakal merubah hidup anda. Dan saya tak boleh nak kata ia adalah karya yang wajib dimiliki.

Tetapi yang saya boleh katakan, inshaAllah akan ada bahagian-bahagian di dalamnya, yang akan menyentuh sanubari anda di sudutnya yang paling dalam. Dan apabila itu berlaku, bersedialah dengan sekotak tisu! Hehe.

Yang paling penting dan utama, menjadi harapan saya, mana-mana bahagian dalam AKHI yang bakal mengetuk hati atau menggugah jiwa anda, moga ia membawa anda untuk kembali mengingati-Nya.

Kerana hanya itulah sebab mengapa AKHI ditulis.

Senyum.

Sale

Unavailable

Sold Out