Air Mata Presiden Mursi - Iman Shoppe Bookstore
RM18.00

Iman Publication

Air Mata Presiden Mursi

Presiden Muhammad Mursi yang baru saja digulingkan oleh rejim tentera Mesir merupakan satu-satunya Presiden dari kalangan awam yang dipilih secara demokrasi. Presiden Mursi juga merupakan Presiden satu-satunya di dunia yang hafal Al-Quran. Namun sayang,  kekuasaannya begitu cepat diragut  oleh kelompok liberal-sekular, penyokong kuat bekas Presiden Mubarak dan juga tentera yang dibantu oleh Amerika.

Nampaknya kalangan Islamphobia lebih seronok dipimpin oleh rejim tentera yang rosak dan menindas daripada dipimpin tokoh Islam. Buktinya penggulingan Presiden Muhammad Mursi yang baru terjadi dapat wujud kerana mereka saling membantu. Sayangnya, di kalangan Islam kesatuan sebegitu tidak muncul. Ada juga kalangan Islam yang menyokong penggulingan ini dengan berbagai alasan.

Buku ini cuba untuk membela keberadaan Presiden Mursi dari sisi syariah dan ilmiah. Tragedi kudeta tentera menjadi cacatan hitam sejarah yang menghalang gerakan politik Islam di Mesir. Namun kisah ini belum berakhir,kita tunggu saja pengakhirannya.

Sale

Unavailable

Sold Out