Sold Out
Zoom the image with mouse

Air Mata Cinta Pembersih Dosa By Ibnu al-Jawzi

Out of stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
===========================
Format: Paperback
Saiz:6" x 8.2”
ISBN-13: 978-983-2423-23-2
Jumlah Muka Surat: 220
Berat (Kg): 0.30
===========================

Buat apa mengejar harta dan kuasa bila segalanya bakal kita tinggalkan? Kenapa harus memberi perhatian berlebihan jika insan tersayang takkan dapat menemanimu di liang nanti, bersendirian? Sampai bila engkau tak punya hubungan mesra dengan Allah? Sampai bila engkau terlena oleh kelapangan dan lalai akan datangnya ajal nanti?

Buku ini mengingatkan kita betapa sementaranya hidup di dunia. Padahal, kesementaraan ini menentukan destinasi perjalanan kita – redha Allah atau murka-Nya. Tulisan ulama klasik ternama ini menyapa setiap hamba yang berkeinginan meninggalkan maksiat dan dosa. Ia mengajak siapa saja yang merasa punya catatan amal penuh noda untuk membersihkannya dengan air mata. Dihimpunkan juga kisah-kisah sahabat Nabi dan para wali, yang menuturkan beragam pengalaman, kesedaran, keinsafan yang boleh kita teladani dalam perjalanan menjadi seorang pentaubat.

Imam Abu al-Faraj Abd Rahman ibn Ali al-Jawzi lahir pada 509 H dan wafat pada 597 H. Beliau merupakan dari keturunan khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq. Beliau tergolong ulama produktif kerana telah menulis lebih dari 300 karya sepanjang hayatnya, dan menguasai pelbagai disiplin ilmu (Ulum al-Quran, Ulum al-Hadis, Usul Fiqh, sejarah, biografi dan dakwah). Ibnu al-Jawzi juga dikenali sebagai seorang yang cerdas, berani membela kebenaran, wara’ dan zuhud.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Air Mata Cinta Pembersih Dosa By Ibnu al-Jawzi
You have successfully subscribed!
This email has been registered