Zoom the image with mouse

Agama dan Falsafah By Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

85 In stock
RM20.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
Penerbit: Nizamiyyah Publications and Distributions
Pages: 95

Buku ini mengkritik segelintir kaum terpelajar dalam kalangan umat Islam yang telah terjajah mindanya sehingga menganggap bahawa agama hanyalah kepercayaan yang diterima begitu sahaja. Bagi mereka, jika kita ingin maju, maka kita perlu mengambil pendekatan falsafah barat, khususnya aliran positifisme yang kononnya merupakan kemuncak pencapaian pemikiran manusiawi yang seharusnya diterapkan ke dunia Islam sama ada secara tersirat mahupun berterus-terang.

Al-Shahid Dr Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti dalam buku ini merakam dan mengupas kembali dialog yang pernah berlaku antara beliau dengan seorang Ketua Jabatan Falsafah di sebuah universiti di negara Teluk-Arab.

Beliau berusaha membetulkan salah faham mengenai Islam dengan menjelaskan metodologi yang sepatutnya menjadi kayu ukur dalam menilai sebarang dakwaan yang dilontarkan. Beliau turut menegaskan bahawa akidah Islam yang menerangkan hakikat alam, manusia dan kehidupan yang selaras dengan neraca ilmu itulah asas kepada kebangkitan dan kemajuan umat ini. Lebih jauh daripada itu, beliau menyerang pula falsafah yang ingin menggantikan peranan agama dengan neraca tersebut sekaligus membuktikannya sebagai produk khayalan manusiawi semata-mata.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Agama dan Falsafah By Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti
You have successfully subscribed!
This email has been registered