Sold Out
Zoom the image with mouse

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi Edisi Kemas Kini by Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

PTS Bookcafe
Out of stock
RM23.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Penerbit: PTS Publishing
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Keibubapaan
ISBN: 9789674811877
Ketebalan: 192 m/s
Format: Soft cover
Halaman: Berwarna

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak.

Bahagian kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi.

Bahagian ketiga pula adalah bonus, bagaimana Mengurus Anak Bermain Gajet.


Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.

Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu, buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca.

Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.

Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu, penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.

Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.

Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
E
Emmy Hermina

Buku yang mudah, praktikal untuk diikuti. Amat baik untuk bacaan setiap keluarga

E
Emmy Hermina
Awesome!

Suka sebab sangat mudah dan jelas untuk dibaca. Presentation dalam buku sangat menarik & mudah untuk ibubapa tahu apa perkara yang perlu dilakukan. Cuma tulisan dalam buku berwarna hijau, kalau hitam mungkin lebih jelas. Overall, memang highly recommended untuk para ibubapa. 👏🏻

1 Review
365 Tip Didik Anak Gaya Nabi Edisi Kemas Kini by Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
You have successfully subscribed!
This email has been registered