1 Hari 1 Hadis Jilid 1 Ramadhan, Aidilfitri Dan Haji By Dr Ajmain Safar

Buku Satu Hari Satu Hadis: Ramadhan, Aidilfitri Dan Haji ini memuatkan seratus hadis yang berkaitan dengan ciri asas Negara Rahmah yang ke-5 iaitu Masyarakat Berilmu, Berakhlak dan Penyayang. Hadis-hadis yang dihimpunkan terdiri daripada hadis yang berkaitan dengan ibadat puasa fardu dan sunat. Dimuatkan juga hadis yang berkaitan dengan akhlak penyayang hidup bermasyarakat.
Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi. (Muwatta' Malik No: 1661) Dar Ihya Ulum Arabiyyah.