Update Pengeposan Buku-buku Pre Order PBI (Pesta Buku IMAN) 2020

1) MAKLUMAT PENGEPOSAN

Tim operasi sudah pun mula melaksanakan proses pembungkusan & pengeposan secara berperingkat bermula 15 Mei 2020. No. tracking akan diberikan melalui email/sms. 

Namun, akan berlaku sedikit kelewatan berbanding biasa sempena cuti Hari Raya ini.

Berita baiknya, order kalian akan tetap diproses dan ada yang akan mendapat no. tracking lebih awal tetapi penghantaran hanya akan disambung setelah Pos Laju beroperasi semula.



Hal ini juga kerana Pos Laju Malaysia tidak lagi menerima pengeposan parcel bermula 19 Mei sehingga 24 Mei untuk menguruskan parcel sedia ada sebelum Aidilfitri menjelma.

Kak Iman dan seluruh tim akan berusaha sehabis baik untuk memastikan buku tersebut sampai di tangan kalian secepat mungkin. Doakan ya!

Your understanding and patience are greatly appreciated. 

2) BUKU PRE ORDER DALAM VERSI EBOOK

Bagi yang tidak menerima email dari Kak Iman (atas sebab teknikal) buku yang kalian pre order telah Kak Iman masukkan di dalam akaun Google Play Book masing-masing. Atau ayat lainnya Kak Iman dah beri Ebook buku yang kalian beli! Ya, secara percuma.

Kak Iman menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana berlaku kelewatan dalam menghantar buku tersebut ke rumah kalian. Terdapat sedikit isu dengan proses percetakan. Kita semua sedia maklum berkaitan dengan arahan PKP yang telah dikeluarkan. Oleh itu, ia telah menjejaskan operasi semua termasuklah syarikat percetakan.

Namun, bagi mengubat kesedihan kalian, juga untuk memastikan kalian dapat membaca buku tersebut Kak Iman telah memberikan Ebook tersebut kepada kalian.

Mesti tertanya-tanya kan?
Macam mana nak tengok Ebook itu?
Jadi nanti saya akan dapat tak buku fizikalnya?
Dan pasti banyak lagi persoalan-persoalan lain dari kalian.

Kak Iman dah sediakan jawapan semua dalam FAQ pada link ini.

Sekali lagi Kak Iman memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari kalian.

Selamat membaca Ebook yang Kak Iman berikan. Dan Kak Iman juga mohon ketelusan dan kejujuran dari pihak kalian untuk tidak menyebar luaskan Ebook tersebut. Ebook itu khas untuk kalian yang membuat pre order buku tersebut. 

Salam 10 akhir Ramadan dan Aidilfitri!

Terima Kasih,

Kak Iman 

Last update on 15 May 2020