PANDUAN MENDEPANI ISU

DAN CABARAN SEMASA

OLEH USTAZ Hasrizal Abdul Jamil

Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu.
Nampak sibuk dan seperti bekerja,
tetapi labu hancur tanpa hasil di hujungnya.

HARGA: RM 30.00

LIHAT LAGI

Sinopsis Seni Berfikir Yang Hilang

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

RM 30.00

Kenapa Buku Ini Ditulis:

  • Merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu. Nampak sibuk dan seperti bekerja, tetapi labu hancur tanpa hasil di hujungnya.
  • Semoga kupasan serba sederhana di dalam naskhah Seni Berfikir Yang Hilang ini, menjadi langkah pemula kepada usaha mengarusperdanakan karya penting Syeikh Yusuf al-Qaradawi ini.

"Manusia yang kehilangan Al-Quran seperti mayat hidup.
Dia hidup tetapi hidupnya hilang makna.
Apabila dia kehilangan Al-Quran, dia meraba dalam kegelapan, walaupun duduk di bawah sinaran matahari musim panas di padang pasir Sahara.
Terang, tetapi buta."

"Manusia yang kehilangan Al-Quran seperti mayat hidup.
Dia hidup tetapi hidupnya hilang makna.
Apabila dia kehilangan Al-Quran, dia meraba dalam kegelapan,
walaupun duduk di bawah sinaran matahari musim panas di padang pasir Sahara.
Terang, tetapi buta."

Apa Kata Mereka Tentang #SBYH

"Adalah suatu yang rare (jarang tapi berharga) untuk menemui golongan agamawan yang dapat menulis dan membincangkan tentang isu seni berfikir yang merupakan satu skil yang bukan sahaja diperlukan dalam ilmu agama, tetapi juga berpadu dan berintegrasi dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu sejarah, ilmu sastera dan bahasa, ilmu kemanusiaan, ilmu sains dan ilmu hal ehwal semasa. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil adalah salah seorang daripadanya. Keenam-enam ilmu ini, menurut Al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi, adalah ilmu-ilmu yang perlu diketahui oleh seorang pendakwah, malah bagi saya orang Muslim, untuk membina asas tamadun kebendaan dan rohani yang menggabungkan wahyu dan aqal, naqli dan aqli, ayat maqru'ah dan ayat manzurah, atau syari'atullah dan sunnatullah. Supaya ilmu duniawi tidak menyudutkan rohani, dan ilmu agama dilihat bersifat kontemporari."

Dr Alizi Alias,
Organizational Psychologist 

"Gaya berfikir dan menulis ustaz Hasrizal punya keistimewaan tersendiri. Unik dan menarik. Acapkali sudut pandangnya berbeza dengan pemikiran arus perdana, namun jika diamat-amati ada kebenaran dan sangat signifikan dengan realiti perjuangan menegakkan Islam pada diri, keluarga, masyarakat bahkan negara pada masa kini. InsyaAllah, buku ini akan menyerlahkan set minda dan nilai-nilai berasaskan peranan manusia sebagai khalifah tanpa meminggirkan tugasnya sebahai hamba Allah. Kritis dan menyentuh. Integrasi fikir dan zikir. Selamat menikmatinya. "

Ustaz Pahrol Mohd Juoi,
Penulis dan Penceramah MOTIVASI

"Ibarat hidangan sempurna, buku ini kaya perisa dan rasa. Fakta dan data serta pengalaman dan pengamatan yang lama dan terkini diadun sekali. Enak!"

"It's soooo Ustaz Hasrizal!"

Ustaz Luqman Makhtar,
Penulis Buku Best-Seller, Asam Garam Rumah Tangga Nabi

"Ustaz Hasrizal yang saya kagumi ini mempunyai kelebihan berfikiran lateral dan vertikal sehingga kita melihat Islam itu bukan sekadar agama yang harus dianuti sepenuhnya , tetapi rahmah pada penganut dan seluruh manusia secara amnya. Kelebihan itu menjadikan kita tidak mengambil Islam secara literal atau sebahagian, tetapi mengambil aspek manusiawi, sains, duniawi seterusnya ukhrawi. Ini menjadikan pembacanya puas dalam pembacaan sehingga melahirkan tindakan beramal. Ustaz mengajarkan kita seni dan cara berfikir yang telah lama hilang pada ummat ini; berfikir secara holistik."

Muharikah,
penulis buku & Pengasas IMAN.

Seni Berfikir Yang Hilang merupakan sebuah karya yang menekankan asas. Bagi mereka yang mahu memetik buah sebelum ranumnya, buku ini bukan untuk mereka. Namun bagi mereka yang ikhlas mahu memperkasakan dasar seorang pendakwah, bagi menempuhi perjuangan nafas panjang dengan sikap jujur dan amanah, maka ini karya yang patut ditelaah dan dihadami insyaAllah.

HILAL ASYRAF,
penulis buku SEBELUM KITA BERNIKAH.

Isi Kandungan

SENI BERFIKIR YANG HILANG
ILMU AGAMA (AL-THAQAFAH AL-DINIYYAH)
ILMU SEJARAH (AL-THAQAFAH AL-TARIKHIYYAH)
ILMU SASTERA DAN BAHASA (AL-THAQAFAH AL-ADABIYYAH WA AL-LUGHAWIYYAH)
AL-THAQAFAH AL-INSANIYYAH (ILMU KEMANUSIAAN)

Mengenai Penulis

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak.  Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.

Kini, beliau bermastautin di Oulu di Finland Utara dalam rangka menyempurnakan pengajian peringkat Sarjananya di dalam bidang Culture and Arts in Education Entrepreneurship di Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Ustaz Hasrizal terlebih dahulu masyhur sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, lebih 19 buah buku telah beliau karang. Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@hasrizal2020), Instagram (@iamhasrizal) dan Youtube (@iamhasrizal).

"Untuk efektif dalam kehidupan, ilmu yang dikuasai perlu pelbagai, dan berintegrasi. Tidak boleh hasil persekolahan nanti, orang sains jadi orang sains, orang sastera jadi orang sastera, orang agama jadi orang agama."

Kadar Kos Pengeposan Terkini 

*Pengeposan ke Semenanjung, Sabah & Sarawak Malaysia

Sebarang pertanyaan atau tempahan melalui whatsapp:

KLIK SINI

Dapatkan juga karya Ustaz Hasrizal di sini:

Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore
Seni Berfikir Yang Hilang - Iman Shoppe Bookstore

Seni Berfikir Yang Hilang by Hasrizal Abdul Jamil

RM30.00
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore
Jalan Sehala - Iman Shoppe Bookstore

Jalan Sehala by Hasrizal Abdul Jamil

RM30.00
Aku Terima Nikahnya - Iman Shoppe Bookstore
Aku Terima Nikahnya - Iman Shoppe Bookstore

Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abdul Jamil

RM25.00
Abideen Publishing Buku Hikmah & Karakter by Hasrizal Abdul Jamil
Abideen Publishing Buku Hikmah & Karakter by Hasrizal Abdul Jamil
Hikmah & Karakter - Iman Shoppe Bookstore

Hikmah & Karakter by Hasrizal Abdul Jamil

RM25.00