SINOPSIS

  • Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna.
  • Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. 
  • Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS.
  • Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

“Sebaik-baik muslimah syurga ialah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiyah.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

ISI KANDUNGAN

  • Surah An-Nisa’: Kemuliaan Wanita
  • Surah Al-Qasas: Ibrah Kisah Ibu Nabi Musa AS.
  • Surah Maryam: Perempuan Yang Didatangi Jibril
  • Surah Al-Mujadalah: Perempuan Yang Mengadu
  • Surah Al-Mumtahanah: Perempuan Yang Diuji
  • Surah At-Tahrim: Perempuan Yang Berbisik-Bisik
  • Kisah Tiga Perempuan Di Dalam Neraka
  • Babak Konspirasi Zulaikha
BELI DI SINI

3 Sebab Perlu Memiliki Buku Ini

1.

Ditulis oleh seorang yang mahir dalam bidang tafsir dan tadabbur al-Quran.


2.

Diolah dengan sangat teliti sehingga mampu merasa lebih dekat dengan watak para wanita yang disebut di dalam al-Quran.

3.

Perbincangan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian kita dan relevan untuk wanita abad 21.

PENULIS BUKU

USTAZ SYAARI AB RAHMAN


Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Ustaz Syaari bt Ab Rahman merupakan pengurus & Felo Pendidik Tadabbur Centre Sdn Bhd, sebuah pusat pembelajaran ilmu tafsir dan tadabbur al-Quran.

Beliau telah menulis 7 buku termasuk Kompas 114, Di Bawah Teduhan Kisah-kisah Al-Quran dan Menggapai Bintang.

Buku Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran adalah siri kedua dalam Koleksi Ibrah dan Tadabbur terbitan IMAN.

IKUTI KAMI DI SOSIAL MEDIA:

Sale

Unavailable

Sold Out