Mendapat Tempat Di Hati Pembaca
hampir 150,000 naskah Telah terjual untuk Siri TERDAHULU
5000 habis terjual dalam 40 minit

Selami realiti sebenar alam dewasa, cabaran mencari minat & makna dalam kerjaya.

Buku Terbaru Dalam Siri Jalanan

Pra Tempah Bermula tepat pada
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam
Mengenai Buku Ini

“Setiap yang disangkakan jalan mati, boleh jadi pondok istirahat sebelum melompat lebih tinggi.”

Akibat kekecewaan, Iskandar terus melupakan impiannya untuk menulis, hanya menumpukan perhatiannya terhadap pengajian dalam bidang seni bina. Setelah berjaya menjadi arkitek di luar negara, Iskandar mengambil keputusan besar untuk pulang ke negara kelahirannya demi kecintaannya kepada tanah air.

Namun, perjalanan baru Iskandar tidak semudah yang disangka. Dia harus bermula semula dari kosong. Tidak mengaku kalah, Iskandar cuba mencari jalan.

Namun, satu demi satu ujian muncul hingga terpaksa berhutang besar. Hidup Iskandar semakin tersepit.

“Ikiy.... Kalau kita asyik rasa kita mangsa keadaan, dan kalau kita asyik persoalkan kenapa semua jadi, kita akan zalimi diri kita sendiri."

Ini kisah Iskandar, mencuba berjalan semula, dan menyuburkan kembali impiannya.

Miliki sekarang!

Inspirasi menjadi dewasa

Mencari makna hakiki kehidupan dengan melihat perspektif yang lebih luas

Iskandar, seorang graduan jurusan architecture lulusan luar negara yang bekerja di London; namun memutuskan untuk pulang ke tanah air untuk berbakti kepada negara sendiri.

Beliau menghadapi cabaran demi cabaran sehingga ke titik kehidupannya yang paling rendah; membuatkan dia mempersoalkan keputusannya sendiri.

Iskandar belajar untuk melihat kehidupan daripada perspektif yang lebih luas, mencari makna hakiki dalam kehidupan, dan tetap berani bermimpi dalam realiti.

“Kalau aku jadi penulis, tak ke mana. Aku tak boleh sumbang apa-apa.”

Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam
ulasan buku-buku teme

Banyak saya belajar. Tentang keikhlasan, ikhlas itu suci. Tentang kawan, tak semua org yang baik di hadapan kita akan baik di belakang kita. Tentang kepayahan waktu belajar, untuk dapat good result perlu ada usaha. Tentang bakat, tak semua orang lahir terus mahir dalam sesuatu perkara.

Tentang keindahan alam, Allah nak kita bayangkan bagaimana syurga.

Terima kasih kerana menerbitkan buku yang bagi impak besar dalam hidup saya. Terima kasih juga kepada Teme Abdullah kerana dia buka mata saya untuk faham tentang semua tu.

NURUL SYUHRAH FITRIYAH – ARKITEK JALANAN

Jalan cerita yang menarik. Dapat rasa ketulusan penulis menulis buku-buku tersebut.

Sangat memberi inspirasi kepada semua golongan untuk terus berjaya.

Sangat memberi inspirasi kepada semua golongan untuk terus berjaya. Setiap cerita yang diceritakan oleh penulis memberikan motivasi kepada si pembacanya. Teruskan menulis Teme. Kerana buku-buku beliau sangat-sangat berbeza dengan penulisan penulis yang lain.

ZAFIE FIERA – IMPIAN JALANAN

Saya pasti perjalanan Teme menjadi arkitek dan belajar di universiti terkemuka di UK dengan menjadikan kerjaya pelukis jalanan sebagai laluan menyambung cita-cita adalah satu simbol ketekunan, kecekalan yang original dan

bukan cerita fantasi dalam novel atau cerita Hindustan.

SAIFUL NANG – PELUKIS JALANAN

Buku yang banyak memberi pengajaran

dan banyak menegur saya untuk memperbaiki niat saya apabila membuat sesuatu.”

NUR HAZWANI – SIGNATURE JALANAN
Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam
lihat bukti pra tempah penulis jalanan teme abdullah

Istimewa Buat Pra Tempah Penulis Jalanan

harga: RM32

  • Senaskhah Buku Penulis Jalanan.
  • PERCUMA Book Badge Edisi Terhad.
  • TERHAD Hanya Untuk 5000 Terawal.
Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam

5000 pertama habis dijual dalam 40 minit

koleksi buku jalanan by 
teme abdullah

harga: RM153

harga: RM130

  • 5 Buku Siri Jalanan by Teme Abdullah.
  • PENGHANTARAN PERCUMA
  • Diskaun 15%
Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam

kombo mengejar mimpi

harga: RM57

harga: RM49

  • Senaskhah Buku Penulis Jalanan.
  • Senaskhah Buku Pelukis Jalanan.
  • Diskaun 15%
Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam

miliki kombo mengejar mimpi

Teme abdullah
Penulis Jalanan

harga: RM32

Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam
Beli disini.
Teme abdullah
Penulis Jalanan
Mengenai Pra Tempah

FAQ Pra Tempah Penulis Jalanan

Pra Tempah Bermula tepat
4 Mei 2023 Jam 9:00 Malam
mengenai siri jalanan
Pelukis jalanan

Mengisahkan kehidupan Teme Abdullah sebagai pelajar A-Level yang berusaha menyambung pelajaran di United Kingdom tanpa bantuan biasiswa.

Ikuti cabaran ketika Teme menjalani kehidupan di luar negara, menyeimbangkan kehidupan sebagai seorang pelajar dan bekerja demi menampung perbelanjaan.

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya.

Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

Arkitek jalanan

Mengisahkan pengalaman Teme Abdullah semasa menuntut ilmu di sebuah universiti di luar negara, dalam bidang Seni Bina.

Ikuti jatuh bangun Teme dan rakannya, Ahmad berusaha mendapatkan keputusan cemerlang dalam tahun akhir pengajian.

"Kita tak boleh berhenti. Kita kena terus berlari. One day, the pain and hardships will make sense to us. Just Don't Give Up."

Impian jalanan

Mengisahkan kecekalan Iskandar yang berimpian tinggi untuk menjadi seorang arkitek dan penulis sedari kecil.

Ikuti perjalanan Iskandar memantapkan skil melukis dan mewarnanya, demi merealisasikan impian.

"Kadangkala kita perlu kalah berkali-kali untuk meraih kemenangan yang paling penting sekali."

Signature jalanan

Mengisahkan cabaran sekumpulan pelajar sekolah berasrama penuh yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia.

Ikuti suka duka lima 5 sahabat dalam usaha untuk sama-sama berjaya dalam SPM.

“Even kalau satu dunia pun nak tolong kau… kalau kau tak tolong diri sendiri, kalau kau tak bergerak…

Sampai bila-bila pun kau takkan berjaya. Semuanya bergantung pada kau.”

mengenai teme abdullah

Seorang jurubina, pelukis & penulis dalam satu masa.

Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia.

Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup.

Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.

Video Trailer

#VIDEO TRAILER TEME ABDULLAH

You have successfully subscribed!
This email has been registered