PANDUAN LENGKAP
Mendapatkan Pengalaman Terbaik


Tahun lepas IMAN di PBAKL membawa tema #RaiBersama.
Atas semangat kita tidak ingin saling menyalahkan atau menunding jari, tetapi kita ingin saling memberi sokongan dan galakan sesama kita. Apa pula tema yang IMAN ingin bawakan tahun ini?
Membaca untuk #BeBetter
Ada banyak sebab kenapa kita membaca. Ada yang membaca untuk escapism, untuk menghilangkan stres, supaya dapat menerima dan memperbaiki persepsi terhadap diri sendiri dan masyarakat, untuk perbaiki emosi, tahu kebaikan dan kekurangan diri sendiri, dan banyak lagi.
Semuanya berpusat kepada satu objektif - #BeBetter
Tidak kira apa pun peranan yang kita pegang di atas muka bumi ni; Seorang ibu bapa, suami isteri, pekerja, kakak, adik, anak, ahli komuniti.
Pada akhirnya, yang menyatukan kita adalah semangat untuk menjadi baik, menjadi lebih baik dan kekal baik.
Menjadi lebih baik perlukan sekampung untuk menjayakannya, Melalui Great Contents, kami percaya pada setiap helai naskah buku yang di baca kita mahu ditamatkan dengan perasaan ingin menjadi lebih baik dan bangga dengan setiap satu prosesnya.
Oleh itu, tarik nafas dan...
#BEBETTER
#BEPROUD
#BEBETTER
#BEPROUD
#BEBETTER

Sudah bersedia untuk #BeBetter?
Saya nak #bebetter!Apa yang bakal
menanti anda?
26
Mei
-
04
Jun
10
AM
-
10
PM
Dewan Tun Razak 4,
WTC, Kuala Lumpur
LEBIH 24
Acara Menarik
Istimewa bersama Penulis IMAN
16
Reruai
10
Buku
Baru
336
Judul Baru
#BEBETTER
#BEPROUD
#BEBETTER
#BEPROUD
#BEBETTER
Apa yang ada dalam panduan lengkap ini?
01.
Tips persiapan menjelang PBAKL
- Checklist: apa yang perlu dibawa?
- 5 cara pilih buku yang sesuai dengan diri sendiri
- 5 Tips Menjadikan Pengalaman PBAKL Tahun Ini Terbaik Untuk Anda
- Book Influencer yang korang kena follow
02.
IMAN buat apa @PBAKL 2023
- Apa yang menarik di booth IMAN
- Buku baru IMAN Publication PBAKL 2023
- Buku baru IMAN Shoppe di PBAKL 2023
- Jadual acara dan temu mesra
- Senarai Promosi
03.
Tips dari pembaca ke para pembaca
- Checklist: apa yang perlu dibawa?
- 5 cara pilih buku yang sesuai dengan diri sendiri
- 5 Tips Menjadikan Pengalaman PBAKL Tahun Ini Terbaik Untuk Anda
- Tips anotasi buku
04.
Tips @PBAKL!
- Cara nak ke PBAKL
- Ada apa di PBAKL?
- How to survive. Apa kemudahan yang ada dalam WTC?
- Peta PBAKL
05.
Rekomendasi Buku daripada Kak Iman!
- What type of reader you are
- Buku untuk introvert
- Buku untuk first time parents
- Bestseller fiksyen
- Bestseller bukan fiksyen
- Bestseller catatan dan puisi
TIPS SEMASA PBAKL
TIP SEMASA PBAKL
Checklist: Apa yang perlu dibawa?
01
Beg Ekstra
Bawa beg bimbit dan troli untuk angkut buku-buku baru anda yang banyak!
02
Botol Air
Pastikan sentiasa hidrat diri anda dan minum air. Jaga Kesihatan ya?
03
Dompet
Bawa wang yang mencukupi. Tiada duit tunai? Jangan risau, sekarang kebanyakan reruai menawarkan pembayaran cashless, jadi boleh guna kad kredit, debit, dan juga melalui Kod QR
04
Snek
Bawa roti atau biskut sebagai alas perut
05
Telekung
Buat yang beragama Islam dan perempuan boleh bawa telekung supaya lebih selesa menunaikan ibadah. Atau solat dengan pakaian yang menutup aurat.
06
Telefon Bimbit dan Kabel
Kabel ni sangat penting supaya telefon bimbit kita tidak keputusan bateri dan mengganggu pengalaman anda di PBAKL.
07
Powerbank
Lebih selamat, bawa powerbank supaya anda tidak perlu risau jika telefon bimbit kehabisan bateri. Jangan lupa cas di rumah pula!
Tips persiapan menjelang PBAKL
TIP SEBELUM PBAKL - 1
5 Tips menjadikan pengalaman PBAKL tahun ini terbaik untuk anda
01
Plan bajet anda sebelum PBAKL
Sebaiknya 3 bulan sebelum PBAKL, tetapkan dahulu berapa bajet anda untuk PBAKL ni. RM 200? RM 500? Atau RM 1000?
Dalam masa 3 bulan ni dah boleh mula menabung.
02
Sediakan Wishlist Buku
Catit senarai tajuk buku yang mahu dibeli di PBAKL dan rancang perjalanan anda dari reruai ke reruai supaya tidak sesak.
03
Kenalpasti lokasi reruai penerbit yang ingin disinggahi
Pastikan tahu terlebih dahulu di mana lokasi reruai penerbit supaya tidak sesat dan juga memudahkan anda mendapatkan buku.
04
Tahu event yang ada di reruai penerbit dan sesi tandatangan bersama penulis
Catit apa event dan sesi tandatangan yang anda ingin sertai. Sekiranya buku sudah ada, boleh bawa dalam beg bimbit pada sesi tandatangan
05
Pastikan minum air secukupnya dan perut tidak kosong
Pastikan makan sebelum perjalanan. Jangan lupa membawa snek ringan, roti dan botol air supaya tidak dehidrasi dan kekal bertenaga sepanjang pemburuan buku!
TIP SEBELUM PBAKL - 2
5 Cara pilih buku yang paling tepat untuk anda
01
Apa topik yang anda gemari?
Topik apa yang anda suka baca? Adakah tentang self-help, agama, kekeluargaan, persahabatan, cinta, dan sebagainya.
02
Anda peminat fakta (bukan fiksyen) atau cerita (fiksyen)?
Adakah anda gemar buku-buku yang boleh menambahkan pengetahuan, atau gemar cerita sebagai escapism, meraikan kreativiti atau merangsang imaginasi anda?
03
Siapakah penulis kegemaran anda?
Kenalpasti, siapakah penulis yang anda sangat suka penulisan dia. Ini, anda boleh dapat tahu jika anda rajin meneroka pelbagai jenis bahan bacaan.
04
Membaca review buku terlebih dahulu
Setelah menyenaraikan buku-buku yang ingin dimiliki, baca dahulu review buku di Goodreads mahupun media sosial book influencer (bookstagram, book twitter) yang anda percaya.
Dari situ anda boleh tahu kemungkinan sama ada anda akan suka buku itu atau tidak.
05
Don’t judge a book by its cover!
Kadang-kadang cover buku yang kurang cantik itulah rupanya paling mendapat tempat istimewa di hati kita.
Jadi kalau boleh, baca dulu beberapa petikan awal buku, sinopsis dan blurb di belakang buku supaya anda dapat tahu sebanyak mungkin tentang buku itu sebelum membuat keputusan.
TIP SEBELUM PBAKL - 3