Persiapan PBAKL

Tips Di PBAKL

Tips Pembaca

Rekomendasi Buku

#BeBetter

 

PANDUAN LENGKAP

Mendapatkan Pengalaman Terbaik 

Tips dari pembaca untuk para pembaca

Reading slump go away!!!

Tips anotasi buku

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

Tips pembaca - 1

Reading Slump, Go Away!

Pernah tak tiba-tiba anda rasa susah nak teruskan baca buku. Pegang je buku, tak semangat nak habiskan. Dah tak macam dulu, selalu teruja nak habiskan.

“Alamak, adakah aku bukan reader lagi?”

Tak semestinya. Anda hanya sedang mengalami reading slump!

Jangan risau. Reading slump ni sangat biasa dialami oleh ramai pembaca.  Ada beberapa tips yang selalu digunakan untuk keluar daripada reading slump ni.

01

Berehat sekejap daripada membaca

Ambil masa beberapa hari untuk berehat sekejap daripada membaca.

Gunakan masa ini untuk menonton movie, mendengar muzik, berjalan-jalan, atau melakukan hobi anda yang lain.

Anggap kita sedang rehatkan enjin membaca kita.

02

Cantikkan ruang membaca anda

Sediakan ruang spesifik untuk anda membaca. Adakah di meja belajar, di tepi rak buku, atau sofa di ruang tamu?

Dengan cara ini, kita boleh setkan mood dan membantu kita masuk dalam focus bubble dan teruskan membaca tanpa gangguan.

03

Baca buku berlainan genre atau baca buku kegemaran anda

Kalau baca buku genre yang sama berturut-turut, boleh jadi sampai masa anda akan terasa penat. Macam membaca cerita yang lebih kurang sama.

Pelbagaikan buku yang kita baca supaya kita ada rehat, sebelum kita membaca topik yang lain pula.

04

Baca buku yang nipis dahulu sebelum yang tebal

Kalau anda jenis baca beberapa buku serentak, selang selikan bacaan ringan dengan bacaan yang sedikit berat. Dengan cara ini, kita boleh melancarkan momentum membaca.

Tips pembaca - 2

Tips Anotasi Buku

Mungkin ada yang tidak pernah dengar, Apa itu anotasi buku (book annotation)?

Ini adalah perbuatan mencatat atau menggunakan sticky flags / book tabbing ketika membaca buku. Secara ringkasnya, ini proses anda bukan sahaja membaca, tetapi menghadam apa yang anda baca.

Kalau nak tahu, anotasi buku ini sedang trending dalam komuniti buku (Bookstagram)!

“Kenapa nak annotate?” 

“Apa beza dengan saya sekadar baca sahaja?”

Sebab bila kita annotate, kita ingat segala perasaan yang kita rasa dan ilmu yang kita dapat apabila kita berinteraksi dengan buku.

Seperti kita berbicara dengan buku sebagai teman. Bila kita selak semula halaman buku yang telah kita annotate, ibarat menyelak halaman diari, kita bagaikan mengalami semula perasaan semasa kita membaca.

Jadi buku-buku kita ada sentimental value untuk kita. Indah kan?

Kak Iman ada 5 Tips Anotasi Buku:

01

Menggunakan colour coding

Ketika menggunakan sticky flags, highlighter dan pen berwarna, tetapkan terlebih dahulu warna yang mewakili setiap aspek yang anda tanda.

Contoh colour coding untuk buku fiksyen:

  • Hijau: Pembinaan semesta / latar tempat
  • Merah: Perkembangan watak
  • Biru: Quote best / pengajaran yang anda suka daripada buku 
  • Kuning: Penulisan yang menarik

02

Catat apa yang anda faham daripada perenggan/bab yang dibaca

Catat interpretasi anda. Boleh catat di atas sticky notes dan tampal di dalam buku, atau catat di ruang kosong di dalam buku.

(Contoh: ruang di antara perenggan, bahagian tepi buku)

03

Luahkan perasaan anda

Luahkan segala perasaan anda: gembira, teruja, marah, geram, sedih, dalam anotasi anda. 

04

Kaitkan apa yang anda baca dengan pengalaman anda

Mungkin anda juga pernah alami keadaan yang lebih kurang sama dengan watak.

Anggap sahaja catatan ini sebagai diari, imbas kembali dan tulis memori anda di dalam buku.

05

Jangan terlalu rigid ketika mencatat

Inilah ruang di untuk anda tunjuk personaliti anda. Tidak perlu terlalu menjaga struktur ayat. Tulis sahaja seperti mana apa yang terhambur di dalam minda kita.

Selamat merasai pengalaman baru dalam membaca!

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

#BEPROUD

#BEBETTER

Apa yang ada dalam panduan lengkap ini?

01.

Tips persiapan menjelang PBAKL

  • Checklist: apa yang perlu dibawa?
  • 5 cara pilih buku yang sesuai dengan diri sendiri
  • 5 Tips Menjadikan Pengalaman PBAKL Tahun Ini Terbaik Untuk Anda
  • Book Influencer yang korang kena follow
Nak Baca Ini

02.

IMAN buat apa @PBAKL 2023

  • Apa yang menarik di booth IMAN
  • Buku baru IMAN Publication PBAKL 2023
  • Buku baru IMAN Shoppe di PBAKL 2023
  • Jadual acara dan temu mesra
  • Senarai Promosi
Nak Baca Ini

03.

Tips dari pembaca ke para pembaca

  • Checklist: apa yang perlu dibawa?
  • 5 cara pilih buku yang sesuai dengan diri sendiri
  • 5 Tips Menjadikan Pengalaman PBAKL Tahun Ini Terbaik Untuk Anda
  • Tips anotasi buku
Nak Baca Ini

04.

Tips @PBAKL!

  • Cara nak ke PBAKL
  • Ada apa di PBAKL?
  • How to survive. Apa kemudahan yang ada dalam WTC?
  • Peta PBAKL
Nak Baca Ini

05.

Rekomendasi Buku daripada Kak Iman!

  • What type of reader you are
  • Buku untuk introvert
  • Buku untuk first time parents
  • Bestseller fiksyen
  • Bestseller bukan fiksyen
  • Bestseller catatan dan puisi
Nak Baca Ini
You have successfully subscribed!
This email has been registered