NABI ADAM AS: KEAMPUNAN ALLAH ADA UNTUK KITA YANG MENCARI
Menyingkap Makna Di Sebalik Kisah Nabi Adam AS
Adam adalah kisah bapa kita semua.
Mengenali Adam adalah mengenali diri kita.
Memahami kita dari mana dan perlu ke mana. Juga memahami kenapa kita ada di dunia.
Pastinya punyai sebab kenapa kisah Adam adalah kisah pertama yang Allah susunkan di dalam Al-Quran.
Buku ini merungkai semuanya untuk kita - anak-anak Adam
Nikmati potongan 10% untuk setiap pembelian buku ini bersama mana-mana buku lain di website IMAN.
Siapa yang perlu baca buku ini?
Sinopsis:
Nabi Adam AS pernah tergelincir melakukan kesilapan kepada Allah SWT.
Apatah lagi kita sebagai manusia biasa tentulah tidak terlepas daripada melakukannya.
Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan membuatkan kita rasa tiada lagi harapan untuk beroleh keampunan Allah SWT.
Akhirnya, kita simpulkan bahawa berputus asa itulah satu-satunya jalan yang ada.
Hakikatnya, keampunan Allah SWT yang ada buat kita, jauh lebih besar berbanding kemurkaan-Nya. Rahmat Allah SWT sentiasa ada dan terbuka untuk kita kembali kepada-Nya.
Melalui buku ini, Ustaz Azlan Shah menampilkan kisah dan peribadi Nabi Adam AS yang wajar kita contohi. Seorang insan yang melakukan kesilapan, lalu memilih untuk kembali kepada-Nya, lantas dianugerahkan keampunan Ilahi.
Mengenai Penulis
USTAZ Azlan Shah Nabees Khan
Membesar di Johor Bahru, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Kolej IKIP (kini dikenali dengan nama Kolej Yayasan Pahang).
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Shariah, pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam daripada Universiti Yarmouk Jordan. Selanjutnya menamatkan pula pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau telah diterbitkan oleh UKM Press dengan judul Natijah Syahadah: Impak Pemelukan Islam di Sisi Undang-undang.
Beliau pernah berkhidmat selaku Pegawai Shariah di Affin Islamic Bank Berhad.
Kini, Azlan Shah berperanan selaku CEO di ARBA Foundation sejak tahun 2018. ARBA Foundation merupakan sebuah yayasan waqaf patuh Syariah yang bekerja memperkasa dunia filantropi dan kebajikan dengan data dan teknologi bagi menghasilkan impak sosial tertinggi. Melalui ARBA Foundation, Azlan Shah telah mengepalai pelbagai usaha kebajikan seperti Projek Susu Ibu, Projek Adiwira dan Infaq Berbuka Puasa.
Beliau juga masyhur sebagai moderator jemputan bagi forum-forum dan wacana anjuran Sinar Harian.
Azlan Shah boleh diikuti di saluran media sosial Instagram dan Facebook.
Intagram: @azlanshahnk
Facebook: Azlan Shah Nabees Khan
BOrak buku bersama faizal tahir:
APA KATA PEMBACA
"Antara ‘part’ yang saya mind-blown, bila Ustaz letak ayat-ayat Al Quran tentang ‘Tanah, Warna dan Tekstur’ dalam bab penciptaan Nabi Adam, sampai saya belek kulit tangan saya”
Nur Izzati
Goodreads
"Buku ini berjaya membawa saya melihat kisah Nabi Adam luar daripada kebiasaan bacaan dan pengetahuan saya sebelum ini. Penulis merungkai satu persatu mesej dan maksud yang tersembunyi di sebalik setiap peristiwa penting dalam kisah Nabi Adam ini. Buku penting dibaca untuk memahami tujuan keberadaan kita di bumi ini."