LELAKI

YANG HEBAT-HEBAT
DALAM AL-QURAn

oleh ustaz syaari AB RAHMAN

HARGA: RM 35

SINOPSIS

  • Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
  • Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.

"Ini bukan kisah malaikat,
Ini kisah manusia yang hebat-hebat."

ISI KANDUNGAN

  • Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran
  • Pemuda Ashabul Kahfi
  • Pemuda Ashabul Kahfi: Antara Al-Quran Dengan Sumber Kristian
  • Ibrah Ayat-ayat Pemuda Ashabul Kahfi
  • Kaitan Pemuda Ashabul Kahfi Dengan 10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi
  • Ibrah Melalui Akronim ASHABKAHFI
  • Nabi Ibrahim AS Ketika Muda
  • Nabi Ismail AS Ketika Muda
  • Nabi Daud AS Ketika Muda
  • Nabi Isa AS dan Pemuda Hawariyun
beli di siniWHATSAPP IMAN

3 Sebab Perlu Memiliki Buku Ini

1.

Ditulis oleh seorang yang mahir dalam bidang tafsir dan tadabbur al-Quran.


2.

Jarang kita jumpa buku yang berbicara tentang lelaki. Atau kata lain tidak sebanyak buku yang berbicara tentang perempuan. Sedangkan sebagaimana perempuan, lelaki juga harus belajar menjadi lelaki.

3.

Buku ini ditulis dengan lebih berfokus. Pembaca boleh terus mempelajari sesuatu dari 5 watak lelaki hebat yang disebut di dalam Al-Quran.

APA KATA MEREKA Tentang #LYHH

 customer image

Fara Musa

Rakan Advokasi, @faraamusa

Membaca karya Ust Syaari benar-benar berjaya membawa saya mengembara merentasi zaman dan tenggelam dalam episod plot serta watak-watak yg terakam pada kisah-kisah di dalam Al-Quran.

Kupasan beliau sungguh menakjubkan kerana penuh ketelitian mencakupi aspek tafsir dan bahasa. Sehingga akhirnya kita meyakini sepenuh hati bahawa Allah sentiasa memilih perkataan yg tepat, karakter yg tepat, latar tempat dan zaman yg tepat, graf penceritaan yg hebat, dan ibrah yg padat di dalam Al-Quran. Tiada ayat yg sia-sia dan tiada surah yang membosankan bagi mereka yg membaca, merenungi dan mentadabburi Al-Quran.

 customer image

Waridah Lothpi

Ghost Writer

Menerbit rasa gelodak jiwa, tidak sabar untuk membaca konten berikutnya.
Bahasa tidak melangit, dan tidak juga bawah hingga boleh terpijak. 'Just nice' dan cukup segala rasa. 

 customer image

Sajidah Zulkafli

Founder @readingmuslimah

Buku yang sangat berharga, kerana ia membuka mata kita untuk memahami bahawa kisah-kisah yang disebutkan dalam al Quran bukanlah semata-mata cerita, bahkan ia adalah panduan untuk kita jalani hari ini dengan sebaiknya. Penerangan penulis dalam buku ini turut membantu kita untuk mengaitkan realiti hari ini dengan cerita-cerita umat terdahulu, lantas mengambil ibrah serta iktibar darinya.

 PENULIS BUKU

USTAZ SYAARI AB RAHMAN

Muhamad Syaari Ab Rahman ialah anak kelahiran Tumpat dan merupakan Jurulatih Utama sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Paradigma Ibrah Sdn Bhd.

Merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.


Beliau telah menulis 2 buku laris di bawah PTS Milennia bertajuk “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan “Berfikir Gaya Al-Fateh”. Selain itu, beliau juga menulis “KOMPAS 114” (IPTC) dan “Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran” (Paradigma Ibrah Sdn Bhd) serta buku "Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran" terbitan Iman Publication. Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Tadabbur Centre yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

INGIN DAPATKAN KOMBO BUKU USTAZ SYAARI?

USTAZ SYAARI AB RAHMAN

SAYA MAHU KOMBO BUKU TERBARU!

INGIN DAPATKAN KOMBO BUKU USTAZ SYAARI?

IKUTI KAMI DI SOSIAL MEDIA: